Usaha Nextgreen Global Berhad (NGGB) memproses empty fruit bunches (EFB) bagi penghasilan pulpa dan kertas selari dengan hala tuju DAKN 2030
- Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie
Anak Mongin telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Nextgreen Global
Berhad (NGGB) yang beroperasi di Green Technology Park (GTP) di Pekan,
Pahang, hari ini.
- Lawatan Kerja ini adalah platform terbaik untuk Kementerian ini meninjau
secara dekat inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh syarikat tempatan ini yang
tersenarai dalam Bursa Malaysia dalam penggunaan tandan buah kosong
kelapa sawit atau Empty Fruit Bunches (EFB) bagi memproses dan
menghasilkan bahan-bahan pulpa dan kertas. Dua bahan ini digunakan
secara meluas dalam industri percetakan, kertas tisu dan pembungkusan,
baik di dalam mahupun luar negara. NGGB turut memanfaatkan EFB dalam
pembuatan produk sampingan seperti baja organik dan makanan ternakan
haiwan.
- Industri pulpa dan kertas dunia dianggarkan bernilai sebanyak USD500 bilion
setahun yang majoritinya diterajui oleh pengeluar pulpa berasaskan kayu. Di
Malaysia, anggaran kapasiti pengeluaran kertas adalah sebanyak 1.9 juta
metrik tan setahun dan industri ini digerakkan oleh lebih 20 buah kilang yang
beroperasi di seluruh negara. - Kilang NGGB ini mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 metrik
tan kertas bebas kayu (woodfree paper) setahun dan menawarkan peluang
pekerjaan kepada 180 orang pekerja tempatan. - Komitmen, inisiatif hijau dan keupayaan NGGB untuk mengoptimakan dan
- mengitar semula lambakan bahan sisa buangan industri sawit seperti EFB
- dalam penghasilan produk nilai tambah sebegini dilihat sebagai win-win
- situation yang bersifat quick win untuk:
- i) Membantu rakyat dalam menggandakan sumber pendapatan;
- ii) Menggalakkan pelaburan hijau dan pembangunan industri teknologi
- hijau;
- iii) Meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan sisa buangan
- kepada produk baharu yang boleh dipasarkan;
- iv) Memperkenalkan peluang dan potensi perniagaan baharu;
- v) Mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada penduduk setempat;
- vi) Mendorong pembangunan kawasan yang lebih berdaya saing; dan
- vii) Merancakkan ekonomi sirkular negara.
- Inovasi NGGB ini adalah langkah ke depan yang wajar diberi perhatian serius
- dan diterokai oleh para pemain industri dan pemegang taruh yang terdiri
- daripada pekebun kelapa sawit mahupun Koperasi Penanam Sawit Mampan
- (KPSM) untuk terus kekal relevan, survive dan tumbuh positif berdasarkan
- kepada keperluan dan permintaan semasa industri hiliran agrikomoditi dalam
- jangka masa panjang.
- Kementerian ini menyokong inisiatif serampang dua mata yang giat
- dilaksanakan oleh pemain industri hiliran dalam memacu pembangunan
- industri perladangan dan komoditi negara selaras dengan Dasar Agrikomoditi
- Negara 2021-2030 (DAKN 2030) menerusi teknologi hijau.
- YB Datuk Willie juga mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama di
- antara pemain industri dan KPSM secara kolektif di seluruh negara dalam
- pembekalan EFB ke arah pengkomersialan produk biomas untuk memenuhi
- pelbagai keperluan industri yang merentasi pelbagai bidang di pasaran.
- KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
- 24 Mei 2022