Industri komoditi perlu peka dengan peraturan buruh PAKSACBP

  • June 8, 2022
  • 2 min read
Industri komoditi perlu peka dengan peraturan buruh PAKSACBP

Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah menjelaskan kepada media Malaysia pada Khamis lalu (2 Jun), bagaimanamereka memperoleh bukti dakwaan buruh paksa serta prosedur siasatan yang telah dilakukan. Hasil siasatan CBP itu telah menyebabkan produk daripada enam firma Malaysia masih dilarang daripada memasuki pasaran negara itu akibat Perintah Penahanan Pelepasan (WRO).

Walaupun Malaysia tidak sepenuhnya bersetuju dengan tindakan CBP, namun agensi penguatkuasaan berkenaan mempunyai hak prerogatif untukmengambil tindakan berdasarkan apa yang pada ketika itu dianggap sebagaimaklumat yang mereka perolehi. KPPK tidak berniat untuk mempertikai hak prerogatif ini, tetapi dakwaan iniadalah tidak adil dan berat sebelah. Sekatan kemasukan minyak sawit danproduk minyak sawit Malaysia (dan selepas itu, sarung tangan getah) hanyaberdasarkan tuduhan buruh paksa yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan lain. Namun begitu, CBP dalam memperincikan laluan yang diambil dan tindakan seterusnya terhadapbeberapa syarikat, telah menyatakan bahawa siasatannya dilakukanberdasarkan maklumat, analisis dan andaian yang munasabah.

Dalam hal ini, minyak sawit Malaysia dan produk berkaitan minyak sawit mungkin terpaksa bersaing secara langsung dengan minyak kacang soya, dimana AS merupakan pengeluar utama di dunia dan pengeksport kedua tertinggi. Berdasarkan keadaan ini dan selepas CBP menjelaskan bagaimanakeputusan larangan ini diambil, pemain industri Malaysia terutama dalam sektor perladangan dan sarung getah yang berintensif buruh perlu mengambil kira sensitiviti CBP dan mencari pelan tindakan supaya tidak dikenakan WROsekali lagi, dengan tuduhan buruh paksa.

Sehubungan ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)menghargai usaha Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia(MARGMA) untuk bekerjasama dengan CBP dalam isu tadbir urus isu buruhasing dan tempatan.

Difahamkan bahawa MARGMA telah menerajui usaha sedemikian sejak 2018apabila ia mendukung dasar hutang sifar dan turut memulakan tindakanpemulihan yang perlu diambil oleh setiap ahli untuk memisahkan merekadaripada stigma buruh paksa, menggunakan 11 petunjuk Pertubuhan BuruhAntarabangsa (ILO).

MARGMA juga telah membentuk Unit ESG (Alam Sekitar, Sosial dan TadbirUrus) dan satu pasukan petugas untuk mendidik dan menyedarkan ahli-ahlipersatuan itu dan pekerja mereka mengenai 11 petunjuk ILO mengenai buruhpaksa. Usaha giat ini dilakukan melalui kerjasama dengan ILO dankedutaan/suruhanjaya tinggi AS, UK dan Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *