653 program telah dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara
Tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara telah menghasilkan Kerangka Membangun Malaysia MADANI melalui Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang menyepadukan program melalui Flagship Kembara Perpaduan Malaysia Madani.
Dengan jayanya, Kembara Perpaduan Malaysia MADANI ini telah menelusuri ke seluruh pelosok negara dari bandar ke desa, dari prasekolah ke institusi pendidikan tinggi dan dari pemimpin ke akar umbi dalam usaha memberi pengetahuan yang menyeluruh.
Sehingga bulan 30 November 2023, sebanyak 653 program telah dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui agensi iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Yayasan Sukarelawan Siswa, Yayasan Tunku Abdul Rahman dan Yayasan Tun Razak.
Selain itu, sebanyak 70,320 aktiviti melibatkan Kawasan Rukun Tetangga turut dilaksanakan dalam meningkatkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.