ANGKASA, SKM dan IKMa perkukuh kerjasama tingkat pembangunan gerakan koperasi negara
PETALING JAYA, 18 OKTOBER 2022 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) akan memperkukuh kerjasama dalam program Berhad (ANGKASA) bersama-sama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pembangunan gerakan koperasi bagi memastikan sektor tersebut dapat memberi impak yang berterusan kepada pertumbuhan sosioekonomi negara.
Persetujuan kerjasama itu dicapai melalui Konvensyen Aspirasi Koperasi Malaysia
(ASKOM) yang telah diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya melibatkan semua
organisasi tersebut serta disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar.
Aspirasi Koperasi Malaysia (AsKOM) merupakan kesinambungan daripada Deklarasi
Putrajaya yang telah ditandatangani pada 13 Julai 2012.
ASKOM telah ditandatangani
pada 12 Februari 2022 dengan beberapa penambahbaikan peranan dan fungsi
yang perlu dilaksanakan oleh ANGKASA, SKM dan juga IKMa. Fokus ASKOM adalah
menjadikan sektor koperasi sebagai salah satu penyumbang signifikan kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) secara holistik melalui transformasi pembangunan
keusahawanan supaya gerakan ini lebih berdikari, berdaya saing dan sentiasa relevan.
Untuk makluman AsKOM mengiktiraf peranan ketiga – tiga organisasi tersebut seperti
berikut :
- SKM sebagai penggalak pembangunan dan badan kawal selia koperasi
- IKMa sebagai institusi dan latihan koperasi
- ANGKASA sebagai badan puncak yang memelihara kepentingan gerakan
koperasi di Malaysia
Antara objektif utama konvensyen diadakan pada hari ini adalah untuk menyelaras
fungsi, peranan dan tindakan antara ketiga-tiga organisasi bagi memastikan sumber
penggunaan tenaga yang cekap, berkesan dan berprestasi tinggi demi kemajuan dan
kelestarian gerakan koperasi untuk terus memberi manfaat kepada anggotanya dan
seluruh rakyat Malaysia.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO),
berkata konvensyen ini merupakan sebuah inisiatif bagi membincangkan pelan tindakan
secara bersama dan pelaksanaannya bagi mencapai hasrat yang terkandung dalam
ASKOM.
wadah untuk anggotanya memenuhi keperluan bersama serta memperbaiki taraf hidup,
“Semangat bekerjasama merupakan prinsip utama yang menjadikan koperasi sebagai
maka melalui konvensyen ini ANGKASA berharap kerjasama erat antara SKM dan IKMa
dapat diperkukuh demi mewujudkan ruang dan peluang kepada gerakan koperasi untuk
terus menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan sosioekonomi yang makmur, inklusif dan mampan,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
KORPORAT