ANGKASA yakin gerakan koperasi terus sumbang sosiekonomi era pandemik

  • July 3, 2021
  • 2 min read
ANGKASA yakin gerakan koperasi terus sumbang sosiekonomi era pandemik

PETALING JAYA, 3 JULAI 2021 – Gerakan koperasi negara yang menghampiri usia 100 tahun di Malaysia kekal berperanan memberi manfaat kepada anggotanya dan memberi pendekatan efektif bagi membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup dalam mendepani kesan ekonomi berikutan
pandemik COVID-19.


Dato Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA berkata sebagai Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) yakin dan percaya gerakan koperasi negara akan terus menyumbang kepada kestabilan sosioekonomi masyarakat dan negara dalam menghadapi krisis kesihatan serta ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Misi ini yang dibawa sejak sekian lama adalah selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa 2021 yang disambut pada 3 Julai 2021 iaitu ‘Rebuild Better Together’. Tema ini dipilih bagi memperlihat bagaimana warga koperasi di seluruh dunia menghadapi krisis pandemik COVID-19 melalui solidariti dan daya tahan sektor ini dalam usaha pemulihan sosiekonomi yang adil dan saksama.


Di Malaysia kita dapat lihat gerakan koperasi menyumbang secara signifikan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat biarpun terkesan dengan pandemik ini. Jati diri gerakan koperasi tulen yang berpegang teguh kepada tujuh (7) prinsip utama menzahirkan semangat kebersamaan menerusi amalan ‘Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama’ bagi membina dan memulihkan semula aktiviti keusahawanan dan sosial.


Statistik gerakan koperasi negara sehingga bulan Disember 2020 mencatatkan sejumlah 14,629 buah koperasi di seluruh negara dengan keanggotaan individu kira-kira 6.5 juta orang, jumlah modal syer/ yuran sebanyak RM15.8 bilion dan jumlah aset RM150.5 Bilion (Sumber statistik: Suruhanjaya Koperasi Malaysia).


Malah jika dilihat hanya sedikit perbezaannya jumlah perolehan yang disumbangkan oleh gerakan
koperasi pada tahun 2021 iaitu RM41.5 Bilion berbanding RM45.8 Bilion pada tahun 2020.

Ini jelas menunjukkan gerakan koperasi merupakan satu institusi yang amat berdaya tahan walaupun
menghadapi beberapa krisis ekonomi yang telah memberi impak kepada penduduk dunia.

“Saya yakin sekiranya usaha menangani pandemik ini berjalan lancar menerusi Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan, gerakan koperasi akan mempunyai peluang menyumbang RM60 Bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2025 bagi menjayakan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 hingga 2025 (TransKom) dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang dihasratkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *