BELANJAWAN MADANI 2023 PERKASA PMKS
PUTRAJAYA, 24 Februari 2023 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengalu-alukan pembentangan Belanjawan 2023 yang menyediakan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.
Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi tahun ini berjumlah sebanyak RM732 juta yang merangkumi RM520 juta perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta
perbelanjaan mengurus.
Ini merekodkan pertambahan RM182 juta
berbanding belanjawan tahun lalu, khususnya perbelanjaan pembangunan yang ditambah sebanyak RM165 juta.
Antara insentif yang dapat dimanfaatkan menerusi KUSKOP dan agensi
ialah:
i. Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150 ribu
pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%;
ii. RM50 juta bagi membina dan menaik taraf melibatkan 3,000 gerai
dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi
tumpuan seluruh negara;
iii. RM176 juta disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan
perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA);
iv. Kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion:
a) RM300 juta untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia;
b) Penyediaan pinjaman lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja oleh BSN;
c) RM330 juta oleh TEKUN Nasional termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan
melalui perniagaan yang turut merangkumi pemberian modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.