BUAT PERTAMA KALI NEGERI SELANGOR MELANTIK WANITA PERTAMA SEBAGAI NAZIR MASJID

  • March 5, 2023
  • 1 min read
BUAT PERTAMA KALI NEGERI SELANGOR MELANTIK WANITA PERTAMA SEBAGAI NAZIR MASJID

merujuk kepada laporan media yang dikeluarkan oleh Bernama pada 2 Mac
2023 yang bertajuk “Nor Inayah wanita pertama dilantik nazir masjid di Selangor.”
ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Sharafuddin Idris Shah diatas kurniaan watikah
pelantikan yang diberikan kepada seorang wanita buat pertama kalinya.
Satu sejarah buat Negeri Selangor apabila seorang wanita telah dilantik sebagai nazir
masjid. Beliau merupakan Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakub, Presiden dan Naib
Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
Ini juga merupakan satu signal perkenan bahawa kemampuan wanita sentiasa diiktiraf
di Negeri Selangor di semua ruang awam seperti masjid dan juga hal ehwal Islam.
Perkenan ini menunjukkan sikap dan usaha yang progresif dalam mengembangkan
potensi dan peranan wanita di semua peringkat. Usaha ini harus diteruskan dan
disokong oleh semua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *