Cadangan benarkan graduan asing dari institut pengajian tinggi tempatan bekerja di Malaysia

  • February 9, 2024
  • 1 min read
Cadangan benarkan graduan asing dari institut pengajian tinggi tempatan bekerja di Malaysia

8 FEBRUARI 2024

GERAKAN menggesa Kerajaan Madani mempertimbangkan semula cadangan membenarkan graduan asing dari institut pengajian tinggi tempatan bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir di sektor tertentu, seperti sektor teknologi tinggi.

GERAKAN amat hairan dengan Kerajaan Madani atas keputusan untuk membawa masuk graduan asing tanpa mengambil kira perasaan dan masa depan graduan tempatan yang sungguh berbakat.

Alasan untuk memenuhi keperluan industri sektor teknologi tidak boleh diterima, sebaliknya Kerajaan perlu mencari inisiatif lain termasuk bagaimana memenuhi permintaan sektor tersebut dan optimumkan pengambilan graduan tempatan.

Kerajaan seharusnya bertanggungjawab melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan mengiatkan fokus dalam menangani masalah gaji tidak selaras dengan kadar inflasi yang dialami oleh para pekerja di Malaysia sekian lama.

Selain itu, GERAKAN menasihatkan supaya Kerajaan Madani yang dahulu hebat berbicara dan mempunyai banyak formula dalam menyelesaikan masalah pengganguran, untuk memastikan rakyat tempatan dibayar dengan kadar upah yang sepatutnya.

Malah, sehingga September 2023 sebanyak 35 peratus graduan dalam bidang jurutera memperoleh gaji permulaan kurang daripada RM2,000. Adakah kerajaan benar-benar percaya bahawa graduan asing sanggup tinggal dan bekerja di Malaysia dengan gaji sebegini?

Puvaniten A/L M. Helan Gova
Ketua Biro Pendidikan dan Masyarakat Berilmu
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *