Engkaulah cahaya dalam gelapku

  • October 23, 2022
  • 2 min read
Engkaulah cahaya dalam gelapku

Petaling Jaya, 18 Oktober 2022 – Sebuah penyakit itu bukanlah satu asbab untuk berputus asa kerana ia juga boleh dijadikan sebagai kunci pelonjak dalam kehidupan.

Najwa seorang gadis remaja yang mengidap
HIV meneruskan kehidupannya tanpa pernah meratap atau merungut tentang kisah hidupnya yang selalu menjadi bahan buli di sekolah.

Dapatkah Najwa tempuh segala dugaan yang bakal dihadapinya? Terbaharu di slot Lestary TV3, saksikan drama terbaharu Sentuhan Najwa yang bakal disiarkan bermula 26
Oktober setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim secara langsung dalam HD di
www.tonton.com.my.

Sentuhan Najwa adalah hasil terbitan Nuansa Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli berdasarkan skrip nukilan Aizad Zaidi.

Drama bersiri 13 episod ini akan menampilkan barisan pelakon tanah air yang hangat seperti Afifah Nasir, Alif Muhaimin, Ryry Ryun,Faiz Izzat, Jasper Supayah dan ramai lagi.


Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya.

Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.


Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej.

Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan.Raihana.
Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu.

Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?
Teruskan menonton Sentuhan Najwa mulai 26 Oktober ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3, atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *