Global funding for rubber innovation (GFRI) bakal menarik lebih pelaburan dalam Industri getah Malaysia

  • June 7, 2022
  • 2 min read
Global funding for rubber innovation (GFRI) bakal menarik lebih pelaburan dalam Industri getah Malaysia
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk HajahZuraida Kamaruddin telah melancarkan ‘Global Funding for RubberInnovation (GFRI)’ oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini. GFRI yang bertemakan “Memupuk Idea untuk Industri Getah SecaraGlobal” merupakan inisitatif MRC bagi mewujudkan ekosistem yanglengkap untuk menyokong pembangunan industri getah dalam bidangyang berkaitan, seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
  • Objektif utama GFRI adalah untuk menggalakkan penjanaan idea,inovasi dan ciptaan bagi produk dan teknologi getah dengan dayapengkomersialan yang tinggi untuk menarik pelaburan dalam industrigetah Malaysia. Produk getah Malaysia kini dieksport ke 189 buahnegara di seluruh dunia dengan kadar eksport telah meningkatsebanyak 50.6% daripada RM40.1 bilion pada 2020 kepada RM61.7bilion pada tahun 2021.
  • Industri, universiti, dan institusi penyelidikan merupakan pusat mindaterbaik negara yang memiliki kumpulan pakar dari pelbagai bidang.Oleh itu, para penyelidik dari pelbagai organisasi memainkan perananpenting dalam menjana inovasi yang boleh menyumbang kepadakemakmuran ekonomi. Dalam hal ini, Malaysia boleh menggunakankepakaran teknikal dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,Eropah dan Jepun yang berpotensi memacu pembangunan teknologiyang pesat.
  • MRC Global Funding for Rubber Innovation menyediakan danapermulaan berjumlah RM10 juta yang akan dianugerahkan sebagaidana penyelidikan penuh. Dana penyelidikan ini terbuka kepadasemua penyelidik tempatan dan luar negara dari pelbagai institusipenyelidikan awam dan swasta, universiti, institusi pengajian tinggidan syarikat yang berpangkalan di dalam dan luar Malaysia.
  • Satu Jawatankuasa Khas terdiri daripada pakar industri dan teknikaldari sektor awam dan swasta telah ditubuhkan untuk menjalankanpenilaian teknikal dan kewangan ke atas kertas-kertas cadanganpenyelidikan yang menepati keperluan program pembiayaan.
  • Kementerian akan terus menyokong inovasi pembangunan produkgetah yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara selainkomited dalam memastikan agar industri getah terus kekal berdayasaing di peringkat pasaran global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *