Guru bersara awal,Kenapa?

  • May 2, 2022
  • 3 min read
Guru bersara awal,Kenapa?

KENYATAAN ULASAN

Hj Nasir Osman
Pengurusi Putra P.Pinang

29hb April 2022

Menteri Kanan Pendidikan bimbang trend guru bersara awal sejak 2017 sehingga kini menunjukkan peningkatan. NUTP memberi alasan utama ialah sekolah “terpaksa memenuhi kehendak “atasan” bukannya melihat kepada “keperluan” sekolah. Amalan “to impress not to improve” menjadikan guru-guru terbeban yang dicampur aduk dengan bukan kerja hakiki guru.

Terdapat banyak Bahagian-Bahagian di KPM yang boleh dikatakan bergerak secara silo sukar mendapat penyelarasan. Segala program dan arahan yang turun daripada “langit” KPM iaitu daripada Bahagian-Bahagian akan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akhirnya terlonggok di sekolah. Di samping itu terdapat juga program JPN dan PPD yang menambahkan beban sekolah kerana sekolah adalah institusi pelaksanaan . JPN dan PPD hanya bertindak “rubber stamp” akhirnya sekolah melaksanakannya.

Kurang kompetensi pengurusan dan “karenah sikap toksid” di peringkat JPN PPD dan sekolah juga memberi tekanan kepada guru-guru mohon untuk bersara awal. Maksud kompetensi di sini ialah aspek profesionalisma, kepimpinan dan kebijaksanaan mengurus dan mentadbir institusi. Kelemahan daripada aspek kompetensi menjadi toksid dalam kepimpinan dan sikap yang mempengaruhi emosi guru. Aspek ini kurang diberi perhatian kerana terlindung oleh “pangkat kedudukan dan kuasa hubungan”. Ianya juga menjadi “taboo” untuk diperbincangkan hanya menjadi topik “sampingan” sebagai gosip yang dibincangkan di luar keutamaan.

Amalan perlatikan pegawai ke jawatan penting masih terdapat “whom u know dan bukannya what u know”. Ini ada kaitan dengan “merit” bukan menjadi keutamaan dalam pemilihan untuk dilantik tetapi “siapa kenal dan rapat dengan boss”. Amalan ini menidakkan mereka yang mempunyai merit dan potensi terbiar dan kecewa. Bagi jawatan utama di JPN dan PPD dipengaruhi oleh “kuasa tangan ghaib” . Mereka yang dilantik tidak kompeten akhirnya menjadi toksid dalam institusi.

Terlalu mengejar “glory” Lebih kepada “to impress” akhirnya aspek “to improve” terabai. Ini berlaku bersaing untuk mengejar nama aspek penambaikan pembelajaran murid sebagai kerja hakiki terabai. Ini berlaku apabila musim-musim pertandingan kokurikulum dan sambutan-sambutan tertentu peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kebangsaan. Guru-guru yang terbeban dengan persiapan, latihan dan pengelolaan.

Dalam aspek pembelajaran pula “Aras Rendah” iaitu tahu, faham dan ingat” kurang diberi penekanan kerana mengejar pembelajaran Aras Tinggi seperti KBAT iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Banyak program berkaitan KBAT. Seharusnya mantapkan Aras Rendah supaya murid mudah menerima Aras Tinggi. Seharusnya 6 tahun di sekolah rendah murid boleh menguasai asas pembelajaran dengan baik jika penguasaan Aras Rendah dengan baik.

Selain itu guru juga tertekan untuk “menghabiskan” silibus. Oleh yang demikian guru harus habiskan silibus walaupun terpaksa meninggalkan murid yang lemah menguasai Aras Rendah.

Sejak covid-19 pembelajaran murid secara konvensional bertukar kepada E-learning yang memerlukan guru menguasai kemahiran ICT kerana pembelajaran secara on-line. Bagi senior yang kurang pendedahan dengan ICT mereka rasa tercabar untuk mempelajari pengetahuan d. kemahiran baru menjadi beban kepada mereka jalan keluar bersara awal. Begitu juga dengan Pengetua dan Guru Besar yang terlibat dengan Pengurusan Sekolah yang bersifat rencam, birokrasi dan kompleksiti dengan pelbagai program dan arahan jalan mudah ialah bersara awal.

KPM perlu mengkaji secara komprehensif dan holistik supaya dapat menangani bersara awal di kalangan pendidik dapat di atasi. Amalan dalam sistem pendidikan yang lebih besifat arahan “Top Down” dan karenah birokrasi dikaji semula. Perlantikan pegawai berdasarkan merit bukan pengaruh “tangan ghaib”. Proses “penyenggaraan” terutamanya guru-guru lama dengan pengetahuan dan kemahiran baru selaras dengan perkembangan teknologi ICT mendepani keperluan proses pembelajaran terkini.
Terima Kaseh.

PUTRA PERKASA NEGARA

Hj Nasir Osman
Pengurusi Putra P.Pinang.
29.4.2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *