Industri perkayuan perlu manfaatkan lonjakan permintaan produk kayu dari AS dan UK dengan lebih proaktif

  • May 18, 2022
  • 4 min read
Industri perkayuan perlu manfaatkan lonjakan permintaan produk kayu dari AS dan UK dengan lebih proaktif

Berita bahawa permintaan untuk produk kayu melebihi bekalan di AmerikaSyarikat (AS) dan United Kingdom (UK) patut disambut baik oleh para pengeluarproduk kayu Malaysia. Sekatan ke atas produk kayu Rusia akan memaksapengimport Amerika untuk mencari sumber alternatif, terutamanya untuk papanlapis.

Selain itu, pertikaian perdagangan yang berterusan antara AS dan China telahmeletakkan Malaysia dan Indonesia sebagai satu-satunya pilihan sumber kayuuntuk ekonomi terbesar dunia ini. Namun masa sekarang, kilang papan lapisMalaysia masih belum dapat memenuhi permintaan dari AS. Tidak ramai yangtahu sebenarnya pasaran untuk kayu Malaysia di AS, khususnya bagi kayuMeranti dan Keruing adalah agak tinggi.Permintaan untuk kayu Meranti telah meningkat sebanyak 9% berbanding tahunlalu, manakala permintaan untuk kayu Keruing telah meningkat sebanyak 467%.Eksport produk kayu dari Malaysia kini agak perlahan kerana kekurangan balakdaripada hutan semula jadi dan ini menyebabkan kilang papan sukar memenuhipermintaan yang semakin meningkat.

Selain itu, antara cabaran yang dihadapi oleh pengeksport kayu-kayan ialahkesesakan di pelabuhan disebabkan kekurangan kontena, ruang dalam kapal dankekangan logistik yang lain. Namun begitu, “transshipment” telah dikenal pastisebagai salah satu solusi untuk jangka masa sederhana. Dalam hal ini, PersatuanProduk Kayu Antarabangsa (IWPA) yang berpangkalan di AS telah menyatakanhasratnya untuk berbincang dengan ketua-ketua industri kayu-kayan Malaysiatentang cara bagi menangani isu yang dihadapi oleh sektor ini.Ini akan melibatkan langkah-langkah untuk melindungi Malaysia daripada menjadisasaran persatuan kayu-kayan domestik dan pihak berkuasa AS atas isupengelakan perdagangan, satu rangka kerjasama juga sedang dibangunkanantara pegawai AS dan pihak berkuasa Malaysia seperti Lembaga PerindustrianKayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Kastam.Malaysia juga sedia bekerjasama rapat dengan UK, sama seperti dengan AS,untuk mengatasi kekurangan produk kayu di negara itu. Pada masa yang sama,negara kita juga boleh mencari dan menambah nilai kepada produk kayu darinegara ketiga, terutamanya untuk produk yang disahkan di bawah PEFC (Programuntuk Pengesahan Pensijilan Hutan).

UK yang merupakan penyokong terbesar sekatan AS ke atas Rusia dan langkahini telah teruk menjejaskan pasaran kayu negara itu dan Kesatuan Eropah (EU).Malaysia juga mempunyai kebimbangan dan pendapatnya tersendiri dalamcadangan ENVI (Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan KeselamatanMakanan). Oleh itu, Malaysia perlu mengetahui pendirian UK mengenai cadanganini dalam usaha mendapatkan konsensus mengenai definisi penebangan hutandan kemerosotan hutan.Walaupun menghadapi gangguan yang agak ketara dalam pasaran produk kayu,jumlah import UK meningkat sebanyak 15% dalam 2021, kenaikan yang terbesarsejak 2008. Mulai 1 Januari tahun ini, terdapat perubahan dalam peraturan kastamUK kerana ia akan meninggalkan rangka kerja Kastam Kesatuan Eropah danPasaran Tunggal. Justeru, industri perkayuan negara kita bakal mendapatmanfaat daripada banyak produk yang bebas cukai dan ia juga mengurangkankeperluan untuk menuntut kadar duti khas.Walaupun Malaysia mendapat manfaat daripada peraturan kastam UK yangdikemas kini, kita berharap kerajaan UK akan dapat juga memperkemaskan lagiprosedur dan pengendalian dokumen untuk masalah logistik semasa. Sebagaipembekal matang produk kayu, industri perkayuan Malaysia menunjukkanprestasi yang baik walaupun menghadapi kesan ekonomi yang buruk akibatpandemik COVID-19. Sektor ini mencatatkan pertumbuhan nilai eksport sebanyak3.1% kepada RM22.7 bilion pada 2021 berbanding RM22.02 bilion pada tahunsebelumnya.Menurut Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), eksport papan lapis mendudukitempat teratas dari segi nilai eksport dan bersama-sama dengan perabot kayu,kayu bergergaji, bahan binaan berasas kayu dan pertukangan kayu, merekamenyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan eksport. Perlu diingatibahawa permintaan untuk produk berasaskan kayu dari Malaysia, terutamanyaperabot, meningkat pada awal 2020 apabila ramai mula bekerja dari rumah. Inimenyebabkan peningkatan dalam pembinaan, pembaikan dan juga pemodelansemula rumah.Tahun 2021 juga menyaksikan satu lonjakan dalam permintaan untuk papan lapisMalaysia di AS dan di Jepun, di mana sebuah syarikat pengeluar papan lapis yangutama ditutup. Perlu diingat juga bahawa industri perkayuan Malaysia masihbelum pulih sepenuhnya kerana ada lagi isu yang perlu diselesaikan sepertikenaikan dalam caj pengangkutan kapal laut, kontena yang tidak mencukupi,kekurangan tenaga kerja, dan kekurangan bahan mentah. MTC juga telahmemperkenalkan pelbagai program sejak 2020 untuk membantu industriperkayuan negara mengatasi cabaran yang lebih mendesak.Ia telah menyediakan insentif yang menggunakan kemajuan teknologi untukmembantu meningkatkan penggunaan sumber dengan efisien dan cekap dalamsemua aspek serta membantu mengurangkan kos pengangkutan laut.

Majlis inijuga telah mengeluarkan tujuh inisiatif Mesti Menang untuk 2022 dengan fokusuntuk menghidupkan semula bisnes dengan beberapa program baharu bagiproduk batang pokok kelapa sawit, kerjasama reka bentuk produk dengan InstitutPenyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dan merangka garis panduan TadbirUrus Alam Sekitar dan Sosial (ESG) untuk industri perkayuan.

YB DATUK HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDINMENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI18 MEI 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *