INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN 6 HOURS CHALLENGE RAKYAT DIGITAL SIRI 1 : PERINGKAT AKHIR PULAU LANGKAWI, KEDAH

  • November 5, 2023
  • 2 min read
INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN 6 HOURS CHALLENGE RAKYAT DIGITAL SIRI 1 : PERINGKAT AKHIR PULAU LANGKAWI, KEDAH


LANGKAWI, 4 NOVEMBER 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah
binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup hari ini telah melepaskan (flag off) peserta-peserta Program
Retail Digitalisation Initiative – ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital yang
diadakan di ruang legar PARKROYAL Langkawi Resort, Pulau Langkawi, Kedah.

  • Program ini adalah merupakan kesinambungan kepada siri program-program
    ReDI yang terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2021 bertujuan untuk
    menggalakkan digitalisasi di kalangan peniaga dan pengguna di Malaysia.
  • Program ini juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia
    ke-12 (RMK-12) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
    (MyDigital) yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan
    berdaya saing.
  • Bagi tempoh Januari sehingga 30 September 2023, Program ReDI telah
    berjaya mendaftarkan (onboarding) sejumlah 4,898 peniaga di bawah kaedah
    pembayaran elektronik (e-wallet). Manakala sejak program ini bermula pada tahun
    2021, program ini telah berjaya mendaftarkan sejumlah 13,377 peniaga di seluruh
    negara.
  • Peningkatan jumlah penyertaan ini memberikan gambaran yang positif bahawa
    rakyat Malaysia telah bersedia untuk menerima perubahan daripada kaedah
    pembayaran tradisional kepada kaedah pembayaran elektronik yang terbukti lebih
    efisien dan sistematik.
  • Berbeza dengan program-program yang dilaksanakan sebelum ini, Program
    ReDI 6 Hours Challenge pada kali ini dibawakan dalam format baharu yang lebih
    santai dan menyeronokkan namun mampu memberikan hasil yang lebih
    signifikan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
  • Dalam cabaran ini, peserta dikehendaki untuk melaksanakan aktiviti advokasi
    dan promosi mengenai kaedah pembayaran elektronik kepada peniaga dalam
    tempoh 6 jam dan kumpulan dengan penyertaan perniagaan dalam kaedah
    pembayaran elektronik yang paling tinggi akan dinobatkan sebagai juara.
  • Program ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital Siri Pertama : Peringkat
    Awal telah dilaksanakan di WP Labuan pada 22-23 September 2023 yang lalu dan
    di Pulau Langkawi pada kali ini adalah merupakan cabaran peringkat akhir yang
    melibatkan penyertaan dari 16 kumpulan yang mewakili pejabat KPDN negeri di
    seluruh negara.
  • Program ReDI tidak akan terhenti di sini sahaja. Jenama ReDI akan terus
    dikembangkan dengan lebih meluas pada tahun 2024 dengan pelaksanaan lebih
    banyak inisiatif baru seperti program ReDI Plus dan ReDI Referral yang akan
    memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar di luar sana.
  • Kementerian berharap, sinergi strategik Program ReDI dengan pemain￾pemain industri peruncitan akan terus diperkukuhkan dalam inisiatif-inisiatif lain
    yang akan datang seperti Inisiatif Pasar RAHMAH dan Gaya Hidup RAHMAH
    yang akan diperkenalkan pada tahun 2024.
  • Kementerian merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak
    yang terlibat termasuk Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan,
    Lembaga Pembangunan Langkawi, Pejabat Bank Negara Malaysia Pulau Pinang,
    operator sistem pembayaran – Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) dan
    penyedia e-Wallet terpilih di atas kerjasama serta komitmen yang mampan
    sepanjang menjayakan program ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *