Kaliskan masa depan minyak sawit daripada ancaman propaganda barat

  • April 23, 2022
  • 1 min read
Kaliskan masa depan minyak sawit daripada ancaman propaganda barat

Tentangan ekonomi maju terhadap minyak sawit – minyak masak yang paling banyak dihasilkan, digunakan dan diperdagangkan – semuanya bagi melindungi perdagangan kacang soya (minyak makan kedua paling banyak dihasilkan), sememangnya sudah diketahui.


Malah, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) telah mengundi agar biofuel berasaskan sawit diharamkan sepenuhnya menjelang 2021, manakala biofuel berasaskan tanaman-tanaman lain akan dihadkan pada 7 peratus sebelum pengurangan secara beransur-ansur kepada 3.8 peratus menjelang tahun 2030.


Tindakan sedemikian dikaitkan dengan kepercayaan EU bahawa penanaman kelapa sawit harus dipersalahkan dalam kemusnahan hutan.

Satu lagi larangan perdagangan yang menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia datang daripada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat import minyak sawit ke dalam ekonomi terbesar dunia itu atas dakwaan kononnya ada penggunaan buruh paksa.


Dalam kes EU, eksport minyak sawit ke benua Eropah menghadapi pelbagai halangan walaupun pengeksport komoditi itu dari Asia secara sukarela mematuhi peraturan pensijilan mampan di bawah skim Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari atau RSPO.


Malah, walaupun menjadikan keperluan kemampanan sebagai mandatori, ia sebenarnya bukanlah satu isu bagi pengeksport memandangkan minyak sawit yang mampan akan menerima harga pasaran yang premium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *