Kekurangan mendadak bekalan ayam perlu diteliti penyelesaian tuntas

  • May 24, 2022
  • 2 min read
Kekurangan mendadak bekalan ayam perlu diteliti penyelesaian tuntas
  • 24 MEI 2022 – Kerajaan telah mengarahkan untuk menghentikan export ayam ke luar Malaysia dan
    juga sedang merencanakan beberapa pelan jangka masa pendek untuk mengatasi
    masalah kekurangan bekalan ayam.
  • Persoalan yang berbangkit adalah apakah kewajaran usaha mengeksport bekalan
    ayam dari Malaysia ke luar negara sedangkan bekalan ayam dalam negara tidak
    mencukupi. Buktinya, jika bekalan ayam selama ini mencukupi untuk pasaran
    domestik, rakyat tidak akan pernah terbeban dengan ketidaktentuan harga ayam.
    Negara pun tidak perlu bergantung untuk mengimport bekalan ayam dari negara jiran,
    sebagai contoh Thailand.
  • PEJUANG Muda ingin menyarankan pada pihak kerajaan untuk memandang serius
    perkara ini memandangkan ayam merupakan sumber makanan yang tinggi
    kebergantungan penggunaannya. NAFAS sebagai contoh diharapkan dapat merangka
    semula pelan pembangunan strategik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan
    ayam dalam Malaysia.

  • 1) Melahirkan belia-belia muda yang akan terlibat dalam penternakan ayam berskala
    kecil ke sederhana.
    2) NAFAS perlu mewujudkan sistem ‘Contract Farming’ dengan lebih banyak lagi agar
    masalah kebergantungan stok pada satu pihak sahaja, dapat diatasi.
    3) Meningkatkan pengeluaran ayam seluruh negara agar dapat mengurangkan
    kebergantungan ayam import dari negara luar.
    4) Memperbanyakkan usahawan kecil sederhana dalam penternakan ayam dapat
    menjana ekonomi setempat dan juga mempelbagaikan penghasilan produk-
    produk hiliran berasaskan ayam.
    5) Mengurangkan kebergantungan import jagung & memulakan penanaman jagung
    dengan skala besar kerana tumbuhan jagung merupakan bahan asas penghasilan
    dedak ayam dan ternakan ruminan.
  • Langkah-langkah ini seharusnya dilaksanakan dengan kadar segera kerana pembatalan
    AP import dan pembatalan eksport hanyalah penyelesaian jangka masa pendek dan
    impaknya hanyalah sementara.
  • Malaysia sewajarnya sudah lama dapat menjadi seperti negara jiran, Thailand, yang
    mampu menyediakan bekalan ayam untuk pasaran eksport dunia, tetapi sayang sekali,
    Malaysia jauh ketinggalan dalam industri penternakan dan pertanian
  • Kestabilan harga ayam, harga dedak ayam dan ternakan ruminan hanya dapat
    terlaksana jika negara sendiri dapat menghasilkan sumber bekalan makanan ternakan
    sekaligus mengurangkan kebergantungan import.

  • “PEJUANG BERPRINSIP”
    MOHD DANIAL BIN MOHD DON ALFIAN
    Exco Pembangunan Usahawan & Koperasi
    PEJUANG Muda Malaysia
    Parti Pejuang TanahAir (PEJUANG)
    24 MEI 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *