Kementerian akan pantau perkembangan terkini di Indonesia yakin permintaan MSM akan kekal stabil

  • May 20, 2022
  • 4 min read
Kementerian akan pantau perkembangan terkini di Indonesia yakin permintaan MSM akan kekal stabil

20 MEI – Hakikat bahawa inventori minyak sawit meningkat buat kali pertama sejak Oktober2021 sebanyak 11.5% bulan ke bulan kepada 1.64 juta tan pada April 2022 didorongoleh pengeluaran yang lebih tinggi (+3.6% kepada 1.46 juta tan) dan eksport yanglebih lemah (- 17.7% hingga 1.06 juta tan) tidak sepatutnya membimbangkan.

Ini kerana simpanan minyak sawit berkemungkinan dijangka merosot pada Mei 2022berikutan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah (berpuncadaripada bulan Ramadhan) dan eksport yang lebih kukuh (berikutan langkah KerajaanIndonesia baru-baru ini untuk meluaskan larangan eksport ke atas bahan mentahuntuk minyak masak).Ini juga berikutan eksport yang lebih rendah ke China (-50.8%), Kesatuan Eropah (EU)(-23.2%) dan Pakistan (-90.3%) disebabkan beberapa faktor termasuk (i) sekatanketat COVID-19 yang menghalang penghantaran minyak sawit ke China, dan (ii)penyusutan permintaan akibat harga yang tinggi.Namun begitu, data awal daripada AmSpec Agriculture Malaysia menunjukkanbahawa permintaan minyak sawit telah melonjak sebanyak 40.32% dalam tempoh 10hari pertama bulan Mei sahaja disebabkan larangan eksport Indonesia, ringgit yanglemah dan harga minyak kacang yang secara relatifnya, lebih tinggi.

KENAIKAN HARGA MINYAK SAWIT MENTAH (MSM)Harga MSM melonjak melepasi paras RM7,000/tan sehingga mencecah parastertinggi iaitu RM7,516/tan berikutan tindakan Indonesia untuk mengharamkaneksport minyak sawit mulai 28 April. Larangan itu hanya akan ditarik balik jika hargaminyak masak pukal turun kepada 14,000 rupiah/liter di seluruh Indonesia (sehingga6 Mei, purata harga minyak masak tempatan telah turun kepada 17,200 rupiah/literdaripada sekitar 26,000 rupiah/liter).Memandangkan Indonesia bergantung kepada eksport minyak sawit dan keputusanini boleh memberi kesan kepada ekonomi Indonesia, larangan eksport Indonesiaseperti yang dijangka telah pun ditarik balik sebagaimana yang telah diumumkan olehPresiden Joko Widodo semalam.Namun memandangkan situasi penarikan semula larangan ini adalah masih terlaluawal untuk dilihat kesannya ke atas penawaran dan permintaan ke atas industriminyak sawit Malaysia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK)akan tetap meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untukkemungkinan mengurangkan cukai eksport minyak sawit Malaysia kepada 4%-6%daripada 8%, dan pada masa yang sama, melambatkan pelaksanaan mandatbiodiesel Malaysia untuk membantu memenuhi permintaan global di tengah-tengahkekurangan minyak makan.Cadangan pemotongan sementara ini sedang masih di dalam peringkat awalperbincangan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan KementerianKewangan.

Namun begitu, KPKK menggesa pemain industri untuk menumpukanperhatian kepada pembolehubah pasaran yang mampu mencetuskan ketidaktentuanharga.Antara pembolehubah ini adalah(i) dasar eksport Indonesia;(ii) pemulihan pengeluaran minyak sawit di Malaysia;(iii) pelarasan dasar biodiesel di pelbagai negara;(iv) perkembangan konflik Rusia-Ukraine; dan(v) cuaca di AS dan Amerika Selatan.PROSPEK CERAH (BUAT MASA INI)Statistik eksport pada bulan April mungkin agak mengelirukan memandangkanpermintaan antarabangsa untuk minyak makan, termasuk minyak sawit, adalah jauhlebih lemah. Harga April juga mungkin lebih rendah berbanding Mac namun kekalpada paras yang belum pernah dicapai sebelum ini.Setakat ini, harga MSM adalah pada purata RM6,300/tan, satu kadar yang jauh lebihtinggi daripada purata RM4,300/tan seperti yang diunjurkan oleh penganalisis pasaranuntuk 2022. Harga MSM berkemungkinan akan turun disebabkan aliran naik yangbelum selesai dalam pengeluaran tandan buah segar (FFB). Namun begitu, hargaMSM sepatutnya kekal tinggi disebabkan faktor-faktor berikut:

• Isu Bekalan: Bekalan minyak masak yang bersaing dengan minyak sawit. Hargaminyak sayuran seperti minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari jugakukuh. Bersama-sama dengan pengeluaran minyak sawit yang lebih kuat padaseparuh kedua tahun 2022, bekalan minyak dan lemak yang boleh dimakan akanberkurangan menjelang suku keempat 2022, tetapi tidak banyak. Prospek pemulihandijangka lebih tinggi pada tahun 2023; oleh itu, harga minyak sawit mungkin kekaltinggi sehingga pertengahan 2023.• Permintaan stabil: Walaupun terdapat kejatuhan permintaan disebabkan hargayang sangat tinggi, secara keseluruhan, pasaran minyak sawit dijangka kekal teguh.Cabaran Indonesia untuk memenuhi keperluan domestik menunjukkan kekuatanpasaran antarabangsa minyak sawit.

• Permintaan dari China: Pasaran utama minyak sawit, China, bersedia untukmeningkatkan permintaan minyak sawitnya pada akhir tahun kerana ekonominyahanya dibuka semula secara beransur-ansur daripada wabak COVID-19. Begitu juga,permintaan daripada EU berkemungkinan meningkat berikutan gangguan bekalantradisional minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi dari Ukraine dan Rusia.• Kenaikan harga minyak: Konflik Rusia-Ukraine juga telah mengakibatkan kenaikan harga bahan api hidrokarbon, mewujudkan permintaan terpendam untuk bio bahanapi jika harga minyak sayuran turun.Kementerian akan terus memantau situasi terkini yang melibatkan perubahan polisiIndonesia dan seterusnya memastikan industri sawit yang merupakan komoditi utamanegara terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sekaligus memberimanfaat kepada semua terutamanya pekebun kecil dan pemain industri.

YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDINMENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *