Kementerian tawar Dua insentif kepada sektor sawit bagi menjamin kemampanan sumber pendapatan pekebun kecil.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyeru pekebun kecilkelapa sawit yang layak untuk memohon insentif bagi membantu menambahpendapatan dan mengembangkan perniagaan.
Kementerian telah membuka permohonan untuk dua insentif, iaitu Skim InsentifIntegrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Pembiayaan Mudah (Agro Bank -MPOB). Di bawah ITa, pekebun kelapa sawit yang menanam nanas layak mendapatinsentif RM7,000 sehektar, manakala pekebun yang menanam pisang, tembikai,jagung dan betik pula layak untuk memohon insentif sehingga RM3,000 sehektar.
Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan pemilik ladang mempelbagai sumberpendapatan melalui tanaman kontan dan mengoptimumkan penggunaan tanah. Iniselaras dengan polisi kerajaan mengenai pengembangan kawasan penanamankelapa sawit, dengan had penanaman tidak melebihi 6.5 juta hektar. Penanamanberselang ini juga boleh memperbaiki mutu kesihatan ekosistem dan kesuburantanah, seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran sawit. KPPK yakin bahawainsentif ini juga boleh membantu meningkatkan pengeluaran sumber makanan danseterusnya menstabilkan sekuriti makanan dalam negara.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dari mana-manapejabat TUNAS MPOB seluruh negara. Permohonan ini dibuka kepada mereka yangmemiliki 6.5 hektar ladang kelapa sawit atau kurang. Di bawah Skim Pembiayaan Mudah Agro Bank – MPOB pula, pekebun kecil bolehmemohon pinjaman untuk membeli benih kelapa sawit, baja, racun perosak danracun serangga untuk ladang mereka. Mereka boleh memohon pinjaman bernilaiRM2,500 sehektar sehingga RM16,250, dengan tempoh bayaran balik selama 24bulan pada kadar faedah dua peratus. Pinjaman bertujuan membantu pekebun kecildalam memula dan mengembang perniagaan mereka.
Insentif dan kemudahan ini adalah antara usaha berterusan Kementerian untukmeningkatkan taraf hidup pekebun kecil selain mengimbangkan dinamik flora danfauna bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Kementerian komited untuk terusmembela nasib pekebun kecil dengan tawaran permodenan operasi bagi menjaminkemampanan sumber pendapatan dalam jangka masa panjang.