Kempen mencarum Perkeso untuk sukarelawan sasar lebih 130,000 sukarelawan berdaftar dengan Perkeso
KUALA LUMPUR – Seramai 50,496 orang sukarelawan daripada tujuh (7) buah agensi Kerajaan telah mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS),menerusi Kempen Mencarum PERKESO Untuk Sukarelawan yang dilancarkan hari ini.Kempen mencarum ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya.
PERKESO bersama agensi-agensi Kerajaan lain yang disenaraikan dalam inisiatif SPS Khidmat di bawah Bajet 2022. Agensi-agensi tersebut seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Secara keseluruhannya, seramai136,000 OBS disasarkan berdaftar dan mencarum dengan SKSPS menerusi inisiatif SPS Khidmat, sepanjang tahun ini.Kempen mencarum ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran golongan sukarelawan mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, di samping menggalakkan mereka mencarum dengan PERKESO.
Kempen ini juga merupakan satu inisiatif proaktif Kerajaan untuk memastikan jaringan perlindungan keselamatan sosial dapat diperluas kepada golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) di Malaysia, khususnya golongan sasar SPS Khidmat.Menerusi inisiatif ini, Kerajaan menyediakan pembiayaan sepenuhnya caruman keselamatan sosial bagi empat (4) kumpulan sasaran OBS iaitu sukarelawan agensiagensi Kerajaan, pekhidmat rumah ibadat Islam, penyelia dan petugas pemulihan komuniti dan anggota berstatus Contract for Service bagi sektor awam.
Di bawah SPS Khidmat, Kerajaan menyediakan pembiayaan sepenuhnya bagi caruman Pelan 2 (RM232.80) SKSPS untuk anggota sukarelawan, manakala pembiayaan penuh untuk caruman Pelan 4 (RM592.80) SKSPS untuk pekhidmat rumah ibadat Islam, penyelia dan petugas pemulihan komuniti serta anggota sektor awam berstatus Contract for Service. Caruman ini adalah untuk perlindungan bagi tempoh setahun.Majlis pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Untuk Sukarelawan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa Hj. Abdullah, Pengerusi Lembaga PERKESO dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO berserta wakil-wakil daripada agensi Kerajaan yang terlibat.Berdasarkan statistik PERKESO sehingga 28 Mei 2022, seramai 346,313 atau lebih kurang 14 peratus OBS di seluruh negara telah mencarum dengan SKSPS berbanding jumlah keseluruhan OBS di seluruh Malaysia iaitu kira-kira 2.38 juta.
Sementara itu, lebih RM6.4 juta telah dibayar oleh PERKESO kepada seramai 3,370 penerima faedah dalam kalangan OBS sehingga hari ini. Jumlah tersebut termasuk seramai 405 penerimaFaedah Orang Tanggungan (FOT) yang diterima oleh waris OBS bagi kes yang melibatkan kematian semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.Sejak 1 Jun 2017, PERKESO menyediakan SKSPS untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Antara manfaat perlindungan keselamatan sosial yang disediakan dalam SKSPS adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat (FPM), Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pinjaman Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional.Dikeluarkan oleh:Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat