KESESAKAN PENJARA SUNGAI BULOH
KAJANG, 3 Februari 2023 – Jabatan Penjara Malaysia sedang melaksanakan
Reformasi Penjara yang bertujuan antaranya untuk mengurangkan kesesakan dan
residivis di seluruh penjara termasuklah Penjara Sungai Buloh.
Antara usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kapasiti dan mengurangkan
kesesakan penjara ialah:
i. Pemasangan katil bertingkat untuk kegunaan banduan di sel dan dormitori
penjara;
ii. Bekerjasama dengan mahkamah bagi mempercepatkan lagi perbicaraan;
iii. Memfokuskan lagi program pemulihan dalam komuniti yang ketika ini telah
melibatkan seramai 82,487 banduan dan dengan kadar residivis hanya
0.24%. Program pemulihan dalam komuniti tersebut turut melibatkan
sejumlah banduan sabitan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh;
iv. Menggunakan bekas tapak PLKN sebagai Pusat Reintegrasi Penghuni dan
Penjara Satelit; dan
v. Jabatan Penjara juga sedang mengkaji penggunaan EMD kepada banduan
reman berisiko rendah bagi mengelakkan mereka ditahan di penjara.
Melalui langkah yang telah diambil masalah kesesakan yang dialami oleh Penjara
Sungai Buloh telah dapat dikurangkan. Peratus lebihan jumlah banduan pada ketika
ini adalah 36% berbanding kapasiti maksimum 4200 banduan, iaitu tambahan 20%
daripada kapasiti sedia ada. Kadar ini berdasarkan ketetapan antarabangsa.
Langkah mengurangkan kesesakan tersebut akan diteruskan dengan kerjasama
pelbagai agensi yang akan turut memberi tumpuan kepada pengurangan jumlah
banduan reman.