KKDW PACU TRANSFORMASI TVET

  • January 30, 2023
  • 2 min read


PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
yang kukuh sebagai teras utama kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
Melalui ekosistem TVET yang kukuh, saya percaya ia akan meningkatkan lagi
keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan untuk melonjakkan
modal insan berkemahiran tinggi dalam masyarakat.
Pemerkasaan TVET ini antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat
MEXCLUB kali ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai
antara pilihan utama pendidikan dan kerjaya belia luar bandar selain menyentuh
program-program berimpak tinggi TVET@KKDW.
Sebagai contoh, program TVET Komuniti adalah sebahagian inisiatif TVET yang
berbentuk kemasyarakatan untuk dibudayakan secara meluas di seluruh negara. Ini
termaksuklah juga, program TVET Junior, Program TVET Tahfiz, Program TVET Aras
Tinggi, Program Teknousahawan TVET, Program Pendigitalan TVET yang akan
menjadi kerangka asas KKDW memartabatkan TVET seterusnya memenuhi
permintaan pasaran.
Mesyuarat kali ke-55 juga menyentuh hala tuju pelaksanaan projek dan program
pembangunan Kementerian yang berupaya meningkatkan pendapatan penduduk luar
bandar bagi mengatasi isu kesenjangan pendapatan juga peningkatan kos sara hidup.
MEXCLUB adalah platform perbincangan secara membina di antara Kementerian dan
Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan persefahaman dalam melaksanakan agenda luar
bandar berpandukan visi Malaysia Madani.
Ia juga selaras dengan konsep DESA di mana masyarakat desa akan diperkasa untuk
mengambil peranan aktif dalam membentuk dan membangunkan masa depan
mereka sendiri bagi membolehkan kawasan desa Malaysia memiliki akses kepada
pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, peluang ekonomi dan infrastruktur terbaik
bersandarkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *