Kolaborasi strategik mantapkan ekosistem keusahawanan – Noh Omar

  • September 12, 2022
  • 2 min read
Kolaborasi strategik mantapkan ekosistem keusahawanan – Noh Omar

KUALA LUMPUR: Usaha membantu usahawan akan lebih efektif sekiranya mendapat bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk kerjasama antara agensi.

Menurut Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, kolaborasi strategik yang terjalin berupaya memantapkan ekosistem usahawan kerana kepakaran dan peranan yang ada pada setiap agensi yang terlibat.

Beliau berkata, kolaborasi antara INSKEN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai misalan kerjasama yang membuahkan hasil. Setakat ini, sebanyak 40 program latihan dan 17 program bimbingan yang telah dilaksanakan dan ribuan usahawan menerima manfaat menerusi kerjasama tersebut.

“Kolaborasi antara INSKEN dan AIM ini wajar dijadikan contoh dan perlu diperbanyakkan lagi agar lebih ramai dapat menerima bantuan daripada kerajaan khususnya golongan B40 dan usahawan mikro,” katanya.

Untuk rekod, kerjasama antara INSKEN dengan AIM adalah melalui penganjuran program latihan dan program bimbingan.

“Sejak awal tahun ini, INSKEN telah berjaya menjalankan 67 kolaborasi strategik melalui pelaksanaan program bimbingan serta latihan kepada usahawan mikro yang berada di bawah kawal selia AIM,” katanya lagi.

Selain itu, antara program dilaksanakan ialah Video Pemasaran Media Sosial Dengan Smartphone, Pemasaran e-Marketplace Shopee dan Lazada INSKEN Bumiputera Business Coaching, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

“Usaha seperti ini perlu diperbanyakkan agar lebih ramai dapat menerima bantuan daripada kerajaan khususnya golongan B40 dan usahawan mikro,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *