KOPSYA serah pembiayaan berjumlah RM122 Juta bagi tempoh 2021 hingga 2023
3 APRIL 2023, KUALA LUMPUR – Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad
atau lebih dikenali sebagai KOPSYA menyerahkan pembiayaan berjumlah RM122 juta bagi tempoh 2021 sehingga 2023 dalam membantu koperasi menjalankan serta
memperkasakan lagi aktiviti perekonomian yang secara langsung memberi manfaat
kepada anggota koperasi dan juga masyarakat.
KOPSYA memperuntukan dana berjumlah RM100 juta untuk membuat pengeluaran
pembiayaan kepada koperasi anggota pada tahun 2023. RM90 juta untuk koperasi
anggota menjalankan aktiviti kredit dan RM10 juta untuk koperasi anggota menjalankan pelbagai aktiviti projek.
KOPSYA menganggarkan sebanyak 30 buah
koperasi anggota dapat dibantu.
Perkara itu dinyatakan oleh Presiden ANGKASA yang juga Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa Koperasi
Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) yang telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KPGA), Kuala Lumpur hari ini.
Majlis menyaksikan penyerahan mock cheque kepada enam buah koperasi yang menerima pembiayaan tersebut iaitu Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB), Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U), Koperasi Borneo Malaysia Berhad, Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Koperasi Muda Maju Jaya Malaysia Berhad (KOMUJA) dan Koperasi Mega Pantai Timur Berhad (KOMEGA).
Turut diadakan sewaktu majlis adalah serahan pelaburan serta syer dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 juta daripada pihak koperasi. Datuk Seri Dr. Abdul
Fattah Abdullah menjelaskan nilai pelaburan ini menunjukkan keyakinan terhadap KOPSYA sebagai institusi yang menawarkan produk kewangan Islam berinovatif dalam memberi manfaat kepada gerakan koperasi.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan ini, pihak KOPSYA juga turut
menyerahkan sumbangan duit raya kepada 10 orang pelajar dari Pusat Jagaan Darul
Sakinah ANGKASA.
Pusat Jagaan Darul Sakinah (PJDS) ialah sebuah pusat untuk anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang ditubuhkan oleh
kebajikan ANGKASA.
Sebagai institusi yang bergerak untuk memastikan keperluan kewangan
KOPSYA mendukung dasar dan prinsip yang digariskan oleh pihak mewujudkan ekosistem kewangan yang dinamik serta berdaya maju
ke arah pembangunan negara yang inklusif dan saksama.