KPDNHEP mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bekalan Petrol Ron 95 mencukupi di seluruh negara.

  • May 9, 2022
  • 2 min read
KPDNHEP mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bekalan Petrol Ron 95 mencukupi di seluruh negara.

PUTRAJAYA, 9 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum aduan dan rungutan
orang ramai berhubung isu bekalan petrol RON 95 yang terjejas di beberapa
kawasan di seluruh Negara seperti dilaporkan baru-baru ini. Pihak
KPDNHEP telah menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah
kenderaan yang luar biasa di jalan raya sepanjang musim perayaan Hari
Raya Aidilfitri tahun ini ekoran proses peralihan Negara ke fasa endemik dan
pembukaan sempadan Negara yang membolehkan Keluarga Malaysia
pulang ke kampung halaman masing-masing.

  • Bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memastikan bekalan
    bahan api kenderaan sentiasa mencukupi di stesen minyak seluruh Negara,
    KPDNHEP telah mengambil tindakan awal dengan mengadakan sesi libat
    urus bersama Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) bagi
    memastikan semua pengusaha stesen minyak berada dalam keadaan siap
    siaga sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
  • Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengambil langkah
    sewajarnya dengan membenarkan semua stesen minyak di seluruh Negara

untuk menambah had kuantiti simpanan terutamanya bagi petrol RON 95
bagi memastikan bekalan petrol RON 95 mencukupi musim perayaan ini.
Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual
(CSA), kadar had kuantiti ini ditentukan menerusi surat sokongan daripada
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had
kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan LPG.
Justeru, setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan yang
berbeza, tertakluk kepada luas premis dan sistem simpanan tangki bawah
tanah (UGT) masing-masing.

  • Antara faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada berlakunya
    kekurangan bekalan petrol RON 95 adalah peningkatan mendadak jumlah
    kenderaan yang menyumbang kepada meningkatnya permintaan petrol
    RON 95 di seluruh Negara. Selain itu, kelewatan kapal tangki yang
    membawa minyak untuk sampai di terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang
    dan Kuantan, Pahang juga menyumbang kepada berlakunya isu ini selain
    kapasiti tangki simpanan di stesen-stesen minyak tertentu tidak mampu
    untuk menampung permintaan pengguna.
  • Bagi menangani segera isu ini, pihak Kementerian telah mengambil
    dua langkah penyelesaian jangka pendek dengan melaksanakan tindakan
    seperti berikut:
    i. Mendapatkan kerjasama daripada pihak Kementerian
    Pengangkutan Malaysia untuk mempercepatkan proses
    pelepasan kapal-kapal minyak

ii. Pemantauan berterusan pihak KPDNHEP supaya tidak berlaku
penyelewengan ke atas bekalan bahan api kenderaan
terutamanya petrol RON 95.

  • Pihak Kementerian ingin menyarankan orang ramai supaya buat
    sementara waktu ini untuk beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang
    berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi
    kebiasaan digunakan oleh pengguna kerana bukan semua stesen minyak
    menghadapi masalah bekalan terputus ini.
  • Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang aduan berhubung
    perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran
    aduan berikut:

  • i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
    ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
    iii. Call Centre 1-800-886-800
    iv. Emel e-aduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *