KPPK kekal komited melaksanakan dasar Biofuel Nasional (NBP)Malaysia
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memberi jaminanakan memperhalusi cadangan yang diutarakan oleh Persatuan BiodieselMalaysia (MBA), mengenai mandat biodiesel yang sedia ada.
Kementerian juga mengambil maklum mengenai penjelasan mengapaMalaysia tidak seharusnya mengurang atau menghentikan mandatbiodieselnya kerana industri biodiesel menggunakan tidak sampai 1 juta tan minyak sawit setiap tahun berbanding lebih 40 juta tan yang digunakan diseluruh dunia.
MBA juga telah menyuarakan pandangan bahawa jika bahanapi bio yang diperoleh daripada minyak sayuran diharamkan, ia akanmembawa impak besar ke atas pasaran minyak sayuran global.
Kebimbangan ini disuarakan ekoran pandangan Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) sehari sebelumnya –25 April– bahawa kedua-dua negarapengeksport dan pengimport minyak sawit harus “mempertimbangkan semulakeutamaan makanan berbanding bahan api untuk sementara waktu”. Perludingatkan bahawa suatu ketika dahulu, jiran Malaysia, dan pengeksport minyaksawit terbesar dunia, Indonesia, hampir melarang eksport olein sawit yangditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).
Ini mendorong komen Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad ParveezGhulam Kadir -seorang pakar minyak sawit- untuk mengetengahkanpandangan beliau yang berlatarbelakangkan masalah bekalan minyak makanglobal yang tersekat di tengah-tengah keadaan cuaca buruk dan konflik RusiaUkraine. Gangguan daripada ketegangan geopolitik telah memburukkan lagi kenaikanharga dalam komoditi makanan yang telah berlarutan. Indeks PertubuhanMakanan dan Pertanian (FAO) mencapai tahap tertinggi dalam sedekad danini memberi ancaman bukan sahaja kepada masalah kekurangan zat makananglobal tetapi juga melonjakkan inflasi merentasi ekonomi maju, membangundan kurang maju.
Indonesia telah mengisytiharkan larangan eksport minyak masak dan bahanmentahnya pada 28 April (yang berkuatkuasa sehingga 23 Mei) dalam usahamemastikan bekalan minyak masak mencukupi dan pada harga berpatutan,untuk rakyatnya. Namun, keadaan kini telah kembali normal dan kita perlu bersikap rasional.KPPK ingin sekali lagi menegaskan bahawa tidak akan ada perubahan dasardi dalam mandat sediada berkenaan biodiesel negara.
KPPK juga ingin mengambil kesempatan untuk mengulangi ketetapan dibawah Dasar Biofuel Nasional (NBP) Malaysia yang telah dilancarkan padaMac 2006. Kementerian kekal komited untuk: Mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45%daripada KDNK menjelang 2030. Memperluaskan penggunaan produk minyak sawit hiliran bagimeningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit melaluimekanisme kawalan harga pasaran minyak sawit Membantu mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api fosilsebagai salah satu inisiatif keselamatan tenaga.
Sekali lagi KPPK mengucapkan terima kasih kepada MBA atas maklum balasmereka mengenai peranan dasar biofuel ke arah pemuliharaan alam semulajadi untuk generasi muda Malaysia. Pada dasarnya, KPPK mengalu-alukan semua kritikan atau pandanganmembina yang membolehkan kedua-dua belah pihak – pihak kerajaan danpemain industri – mencapai penyelesaian menang-menang.
YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDINMENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI