KPPK sedia pelbagai insentif bantuan dan pergiat aktiviti MSPO sebagai usaha bantu pekebun kecil Kelapa Sawit

  • May 15, 2022
  • 2 min read
KPPK sedia pelbagai insentif bantuan dan pergiat aktiviti MSPO sebagai usaha bantu pekebun kecil Kelapa Sawit

  • Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato’ Sri Dr. Wee
    Jeck Seng hari ini merasmikan Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia
    2022 di Pekan Nanas, Johor anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
  • Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MPOB
    sedang giat berusaha meneruskan aktiviti Pensijilan Minyak Sawit Mampan
    (MSPO) di seluruh negara melalui program latihan, taklimat dan promosi bagi
    sektor pekebun kecil. Bagi meringankan beban pekebun kecil dalam
    melaksanakan Pensijilan MSPO, kerajaan juga telah menyediakan menyediakan
    pelbagai insentif merangkumi pembiayaan kos latihan, kos pengauditan, kos
    peralatan perlindungan diri, papan tanda kebun dan rak penyimpanan bahan
    kimia.
  • Sehingga 31 Mac 2022, jumlah keluasan kebun yang diusahakan oleh pekebun
    kecil persendirian di negeri Johor adalah 159,487 hektar. Daripada jumlah
    tersebut, 44,824 orang pekebun kecil dengan keluasan 118,092 hektar telah
    memperoleh MSPO iaitu bersamaan dengan 74% daripada keluasan kawasan
    tanaman sawit yang diusahakan.
  • Kerajaan telah menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) untuk
    membantu mengurangkan kos pengangkutan, mendapatkan harga pasaran buah
    tandan segar (BTS) yang lebih tinggi dan menggalakkan penjanaan pendapatan
    dan pengagihan dividen kepada ahli-ahlinya. Penyertaan pekebun kecil dalam
    KPSM bertujuan untuk meningkatkan produktiviti tanaman sawit dan pendapatan
    melalui pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan aktiviti ekonomi yang
    menyumbang kepada peningkatan pendapatan.
  • KPSM menjalankan aktiviti utama jualan berkelompok buah tandan segar (BTS)
  • melalui penubuhan Pusat Timbang. Sehingga Mac 2022, sebanyak 65 buah pusat
  • timbang telah siap dibina sepenuhnya di seluruh negara dengan jumlah jualan
  • buah tandan segar (BTS) mencecah 82,612.37 tan. Purata jualan bagi satu pusat
  • timbang adalah 400 tan sebulan.
  • Sehingga Mac 2022 sebanyak 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara iaitu
  • 24 di Semenanjung Malaysia, 27 di Sabah dan 18 di Sarawak. Di negeri Johor
  • sebanyak lima (5) KPSM telah ditubuhkan iaitu KPSM Kluang Utara Berhad,
  • KPSM Daerah Kulaijaya Berhad, KPSM Daerah Pontian Berhad, KPSM Yong
  • Peng Utara Berhad, dan KPSM Daerah Segamat Berhad. Keahlian bagi lima
  • KPSM ini keseluruhannya berjumlah 318 orang pekebun kecil.
  • Kementerian melalui MPOB menyediakan bantuan seperti Skim Insentif Integrasi
  • Ternakan dengan Sawit (ITe), Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun
  • Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Selain itu,
  • kerajaan juga telah mengumumkan dana bantuan baharu iaitu Program Tanaman
  • Kontan B40 Pekebun Kecil Sawit (TKB40).
  • Dengan adanya pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian yang
  • memberi tumpuan kepada pembangunan pekebun kecil tanaman sawit, ia
  • dijangka menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran
  • hasil sawit serta pendapatan pekebun kecil.
  • KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *