Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Belia Negeri Selangor dalam meningkatkan pembangunan belia

  • March 30, 2024
  • 2 min read
Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Belia Negeri Selangor dalam meningkatkan pembangunan belia

Belia merupakan aset berharga dalam pembangunan negeri ini. Berbekalkan semangat zaman (zeitgeist), gigih, kreativiti yang tidak terbatas, dan komitmen untuk membuat perubahan positif, Majlis Belia Negeri Selangor percaya belia-belia akan terus menjadi pemangkin utama dalam membentuk masa depan Selangor yang lebih maju.

Menerusi pelbagai inisiatif dan program, kerajaan negeri dan pihak berkepentingan harus berterusan memberi sokongan kepada belia untuk memperkukuhkan kepimpinan, meningkatkan kebolehan, dan mewujudkan peluang untuk

pertumbuhan dan pembangunan.

Daripada bidang pendidikan hingga ekonomi, daripada seni budaya hingga sukan, belia Selangor telah membuktikan diri mereka sebagai agen perubahan yang tidak dapat dinafikan.

Majlis Belia Negeri Selangor mengakui kepentingan melibatkan belia dalam setiap aspek pembangunan, menyediakan platform yang seluas mungkin bagi mereka untuk menyumbang idea, bakat, dan visi mereka.

Melalui penyertaan aktif belia-belia ini, kami yakin bahawa Selangor akan terus teguh dan mara bersama ke hadapan sonicabuah negeri yang dinamik dan berdaya saing.

Mengambil semangat Hari Belia Negara (HBN) peringkat nasional yang disambut

setiap tahun pada 15 Mei, untuk tahun 2024, Majlis Belia Negeri Selangor dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa di Majlis Belia Negeri Selangor Daerah Hulu Selangor akan menjadi tuan rumah bagi Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2024.

Pada 18-19 Mei 2024 juga akan dilaksanakan Himpunan Belia Negara iaitu Sambutan Hari Belia Negara di peringkat negeri-negeri secara serentak seluruh negara bagi memberikan momentum yang berterusan kepada pelaksanaan Himpunan Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.

Program ini dibuat dalam usaha untuk memberi penghargaan dan

pengiktirafan daripada Kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang

kepada pembangunan negara; menaikkan semangat kecintaan dan patriotism kepada golongan belia; serta menyediakan platform strategik kepada Pemegang taruh untuk terus menyumbang kepada pembangunan belia dalam pelbagaib idang termasuk keusahawanan, inovasi, sukan, dan pembangunan komuniti.

Melalui acara ini, Majlis Belia Negeri Selangor berharap dapat menginspirasi danm emberdayakan belia untuk menjadi agen perubahan positif yang aktif dalam komuniti mereka.

Terus ikuti perkembangan media sosial Majlis Belia Negeri Selangor untuk

mendapatkan maklumat terkini dan butiran mengenal program-program untuk Hari Belia Negara 2024 di Negeri Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *