MAJLIS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN NASIONAL (MPKN) BILANGAN 1 TAHUN 2023

  • February 8, 2023
  • 2 min read
MAJLIS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN NASIONAL (MPKN) BILANGAN 1 TAHUN 2023


Kuala Lumpur, 7 Februari – YB Datuk Ewon Benedick, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah
mempengerusikan Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional
(MPKN) Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Tun Abdul
Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah
dihadiri oleh YB Timbalan Menteri KUSKOP, Exco Keusahawanan Negeri
(Sabah, Sarawak, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan
Johor), pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di peringkat
persekutuan dan negeri yang terlibat.
Mesyuarat MPKN pada hari ini telah membincangkan mengenai cadangan
pelaksanaan pendaftaran Status Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS) untuk program bantuan kewangan PMKS. Turut diberi penelitian
adalah mengenai langkah intervensi bagi menangani isu kenaikan harga
bahan mentah yang dihadapi oleh PMKS terutamanya di peringkat akar
umbi. Mesyuarat juga memperincikan cadangan pembangunan Pusat
Pengumpulan Jualan Produk Usahawan di peringkat negeri.
YB Menteri KUSKOP menekankan bahawa selaras dengan penerapan
norma baharu untuk memastikan kelangsungan operasi perniagaan,
semua pihak haruslah sama-sama menggembleng usaha terutamanya
dalam menyokong dan menggalakkan usahawan termasuk koperasi bagi
mengadaptasi teknologi dan digitalisasi supaya mereka kekal relevan dan
kompetitif seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selain itu, mesyuarat telah dimaklumkan mengenai prestasi pelaksanaan
PMKS bagi tahun rujukan 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
KUSKOP juga telah membentangkan program-program keusahawanan
utama di bawah kementerian bagi tahun 2023 dan terma rujukan
pelaksanaan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan
Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD).
MPKN dibentuk sebagai platform utama bagi menyelaras dasar dan hala
tuju pembangunan keusahawanan dan koperasi yang inklusif antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. MPKN juga berperanan
dalam mewujudkan kerjasama yang kolektif di antara KUSKOP dan
semua pihak berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri bagi
memastikan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah
Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) akan memberi impak
yang lebih holistik kepada ekosistem keusahawanan negara.
KUSKOP sentiasa komited dan kekal konsisten bagi membangunkan
usahawan yang lebih cekal, berdaya maju, proaktif, kompetitif dan inovatif
serta berupaya menampan situasi di luar jangkaan pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *