MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL KE IPT YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT PARLIMEN WANGSA MAJU

  • January 25, 2023
  • 2 min read
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL KE IPT YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT PARLIMEN WANGSA MAJU

  • KUALA LUMPUR – Pada hari ini Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan usaha memberi
    manfaat dalam sektor pendidikan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk parlimen yang
    berikutnya. Seramai 16 orang pelajar IPT dari kalangan penduduk Parlimen Wangsa Maju telah hadir
    ke YWP pada petang ini.
  • Ini adalah kerana para pelajar ini menerima bantuan kewangan melalui Skim Bantuan Awal Ke IPT
    oleh YWP, yang diberikan secara one-off kepada anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga
    berpendapatan rendah, memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta berjaya melanjutkan
    pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam atau luar negara.
  • Antara syarat dan kriterianya ialah pemohon mestilah lahir di Wilayah Persekutuan, ibu/ bapa/
    penjaga merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dan menetap di Wilayah Persekutuan serta
    mempunyai pendapatan perkapita RM1,000 dan ke bawah. Kiraan pendapatan perkapita ini ialah
    gabungan pendapatan seisi rumah, dibahagikan dengan bilangan tanggungan seisi rumah.
  • Antara penerima bantuan pada hari ini terdiri daripada 3 orang pelajar peringkat Diploma dan 13
    orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Penyerahan bantuan Pendidikan ini telah disampaikan oleh YB Tuan Zahir Hassan, Ahli Parlimen
    Wangsa Maju. Beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Zaizalnizam Bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.
  • YWP sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan turut mengalu-alukan kerjasama strategik
    dan sumbangan dari agensi luar syarikat korporat untuk pembangunan Pendidikan, Ekonomi, Sosial,
    Agama dan Teknologi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, demi
    membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan Miskin Bandar.
  • Maklumat lanjut berkenaan skim-skim bantuan YWP boleh diperolehi di www.yayasanwp.org.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *