MAKLUMAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH EKSEKUTIF, YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN.

  • March 31, 2023
  • 1 min read
MAKLUMAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH EKSEKUTIF, YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN.
  • YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan
    Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah berkenan melantik YBhg.
    Tuan Abdul Rahman Siraj sebagai Pengarah Eksekutif YWP, berkuatkuasa 1 Mac
    2023 bagi tempoh tiga tahun.
  • Beliau yang berkelulusan perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
    memiliki kelayakan profesional dari Malaysia Institute of Accountants dan keahlian
    penuh di dalam Institure of International Auditors (IIA) mempunyai pengalaman
    luas dalam bidang berkaitan syarikat dan komersial dan pernah memegang
    jawatan utama di dalam pengurusan, tadbir urus korporat, audit dan pengurusan
    risiko.
  • Beliau pernah berkhidmat di beberapa syarikat korporat sebagai Pengurus Besar
    Kanan di Institut Jantung Negara, Pengarah Eksekutif di Multimedia Synergy
    Corporation Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif, Taliworks Corporation Berhad
    serta Pengurus Besar Pelaburan, Khazanah Nasional Berhad. Beliau juga adalah
    Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pusrawi Sdn Bhd.
  • YWP percaya dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang beliau di
    dalam bidang korporat, ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan YWP untuk
    memberi khidmat yang terbaik kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
    Putraja dan Labuan, khususnya buat golongan rentan dan B40.
    Dikeluarkan oleh: Jabatan Media & Komunikasi Strategik YWP.
    Tarikh: 30-3-2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *