Malaysia sertai persidangan Plenipotentiary kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22)
Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022
(ITU PP22) berlangsung di Bucharest, Romania bermula dari 26 September hingga
14 Oktober 2022. Lebih 181 negara seluruh dunia menghadiri persidangan selama
tiga minggu ini.
Tan Sri Annuar Musa merupakasn Ketua Delegasi Malaysia di Persidangan Plenipotentiary Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) (International Telecommunication
Union Plenipotentiary Conference 2022) yang diadakan di Bucharest, Romania akan
terlibat dalam beberapa mesyuarat dan sesi perbincangan dua hala bersama-sama
negara luar berhubung perkara berkaitan telekomunikasi, ekonomi digital, radio serta
regulatori berkenaan peranan dan sumbangan Malaysia dalam sektor ini.
Justeru, akan menyampaikan ucapan semasa Sesi Khas Menteri (Ministerial
Roundtable) pada hari ini 25 September 2022 dan juga menyampaikan kenyataan
polisi (policy statement) semasa Sesi Plenari pada 27 September 2022.
ITU PP22 kali ini amat istimewa dan signifikan bagi Malaysia, kerana kita akan
bertanding untuk memenangi kerusi Ahli Majlis ITU di bawah Wilayah E (Asia dan
Australasia) bagi penggal 2023-2026. Justeru, selain akan menganjurkan Majlis
Resepsi pada 29 September 2022, saya dan delegasi Malaysia akan menggunakan
ruang yang ada sepanjang berada di sini, bertemu dengan rakan sejawatan dan
delegasi dari negara-negara ahli ITU bagi meraih sokongan dan undian agar Malaysia
memenangi kerusi Ahli Majlis ITU.
Penglibatan Malaysia secara langsung dalam Persidangan ITU PP22 dan sebagai Ahli
Majlis ITU akan memberi impak yang besar terhadap kepakaran tempatan yang dapat
dimanfaatkan melalui program-program pembangunan telekomunikasi dan ICT oleh
ITU, khususnya kepada pemain industri dalam sektor
telekomunikasi dan ICT
tempatan di Malaysia yang akan menerima impak positif melalui polisi Kerajaan yang
tersusun, termasuklah peluang meneroka teknologi terkini, dan seterusnya
memberikan perkhidmatan yang unggul kepada Keluarga Malaysia.