MCMC raih Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) bagi bangunan hijau terbaik

  • March 26, 2022
  • 1 min read
MCMC raih Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) bagi bangunan hijau terbaik

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meraih
Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2021 bagi kategori Bangunan Cekap Tenaga
iaitu Bangunan Hijau Besar Terbaik pada Majlis Anugerah NEA yang berlangsung
di Kuala Lumpur semalam.


Kejayaan ini adalah bukti komitmen MCMC terhadap prinsip-prinsip dan nilai di bawah konsep pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG iaitu menekankan keseimbangan antara kemajuan dan keharmonian dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan.

Kejayaan tersebut merupakan perkembangan yang sangat signifikan dalam membantu pengurangan pelepasan karbon ke udara selaras dengan usaha Kerajaan untuk memperkasakan pembangunan lestari di Malaysia.


Antara usaha-usaha yang diambil untuk mencapai status bangunan hijau
termasuklah tumpuan kepada penjimatan tenaga, kecekapan air, serta kualiti
persekitaran di dalam bangunan dan kelestarian alam sekitar.

Kuasa solar, taman hijau di bumbung bangunan, penuaian hujan dan angin serta kolam ikan Koi adalah antara ciri-ciri yang kelihatan di MCMC HQ Tower 1 dalam usaha
pihak Suruhanjaya mengekalkan persekitaran hijau.


Usaha pembangunan kelestarian alam sekitar oleh MCMC ini juga sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang menumpu kepada pendekatan ekonomi hijau dan hasrat Kerajaan untuk mencapai aspirasi bagi menjadi
sebuah negara yang neutral karbon seawal-awalnya tahun 2050.


MCMC akan terus memberi komitmen untuk menerajui dalam pembangunan kelestarian alam sekitar dan pembangunan hijau demi kepentingan generasi akan datang. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *