Memperkasa hala tuju ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) terus digerakkan menerusi pelbagai aktiviti baharu.
Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, bagi meningkatkan lagi peranan AURA sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Koperasi’, ANGKASA bersetuju untuk menaja lebih banyak projek penyelidikan berkaitan pembangunan keusahawanan koperasi termasuklah pengadaan program latihan industri dan penganjuran program-program keusahawanan seperti webinar, bengkel dan kursus mengikut sektor perniagaan masing-masing.
Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Bil. 1/2022 Kali ke-2 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya hari ini (12 Mei 2022).
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, En. Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, En. Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Haji Rahim Abdul Rahman.
Hadir mewakili UMK ialah Naib Cancelor, Prof. Dr. Razli Che Razak; Timbalan Naib Canselor (apenyelidikan dan Inovasi, Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimib Yusoff; Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pancasiswazah) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah; Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Dr. Noor Raihani Zainol.
Menerusi mesyuarat tersebut, ANGKASA dan UMK akan memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan koperasi dan keusahawanan sosial secara lebih bersepadu melibatkan penyertaan lebih banyak pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).