MENTERJEMAH ASPIRASI MALAYSIA MADANI MELALUI MPPWP

  • July 25, 2023
  • 2 min read
MENTERJEMAH ASPIRASI MALAYSIA MADANI MELALUI MPPWP

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2023 – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara hari ini menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) bagi tahun 2023/2024. Pelantikan ini melibatkan 13 zon dan 77 sub zon. 66 sub zon di 11 Parlimen dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 6 sub zon di Parlimen Putrajaya dan 5 sub zon di Labuan yang merangkumi seramai 1,309 orang ahli secara keseluruhannya di peringkat zon dan sub zon.

Keangotaan MPPWP kali ini dianggotai oleh kelompok masyarakat setempat yang berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan. Barisan keangotaan MPPWP kali ini juga mempunyai struktur pentadbiran yang lebih sistematik dan terancang untuk memimpin dan mentadbir keseluruhan komuniti Wilayah Persekutuan.

Di peringkat zon dan sub zon, keanggotaan MPPWP adalah terdiri daripada 1 Pengerusi, 1 Timbalan Pengerusi, 1 Setiausaha dan kumpulan ahli jawatankuasa tidak melebihi 14 orang. Jumlah ini merangkumi 1,100 orang untuk WP Kuala Lumpur, 119 orang untuk WP Putrajaya dan 90 orang untuk WP Labuan. Pelantikan MPPWP ini berkuatkuasa 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. Penubuhan MPPWP adalah bertujuan untuk mewujudkan satu jaringan komuniti setempat bagi mengeratkan silaturrahim, mengukuhkan ukhwah serta merekayasa aktiviti masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang di Wilayah Persekutuan. Fungsi utama MPPWP digerakkan melalui pelaksanaan program dan aktiviti kemasyarakatan yang merangkumi lima (5) bidang teras utama iaitu Pembangunan Modal Insan, Keselamatan, Perpaduan danKesejahteraan, Ekonomi dan Keusahawanan, Sukan dan Rekreasi, Pendidikan, ICT dan Kesihatan, Kebersihan dan Alam Sekitar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. Selain daripada itu, MPPWP juga diberikan tanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan dasar, strategi dan isu-isu berkaitan pembangunan komuniti serta menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat, maklumbalas, aduan, permasalahan serta keperluan penduduk dari peringkat akar umbi kepada JWP dan Agensi. Semoga pelantikan MPPWP ini dapat meneruskan struktur komuniti yang mampu mentadbir masyarakat setempat (self-governance community) terutamanya dalam menguruskan isu-isu perbandaran yang berbangkit supaya dapat ditangani dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *