MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TINGGI (HIGH LEVEL COMMITTEE –HLC) KAWALAN KEGANASAN (JPTKK) BIL.2/2023

  • November 11, 2023
  • 2 min read
MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TINGGI (HIGH LEVEL COMMITTEE –HLC) KAWALAN KEGANASAN (JPTKK) BIL.2/2023


Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (High Level Committee – HLC) Kawalan Keganasan (JPTKK) Bil. 2/2023 yang memperlihatkan tumpuan yang serius oleh kerajaan dengan membincangkan isu-isu terkini berhubung ancaman keselamatan di Malaysia, mengenalpasti strategi bagi menangani isu-isu
keselamatan secara komprehensif, penambahbaikan mekanisme pengurusan krisis keganasan, memantau pengurusan krisis keganasan dan pelaksanaan counter-narrative anti keganasan secara holistik.

Di peringkat domestik, ancaman keganasan ditangani melalui tindakan counter￾radicalization bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman dan ideologi khususnya dalam talian serta program-program pembinaan masyarakat sebagai preventive measures.

Pelaksanaan program-program kesedaran turut dilaksanakan berdasarkan tiga (3) teras
iaitu patriotisme, keagamaan dan langkah pencegahan melalui siaran program di televisyen, penerbitan, siaran radio, media sosial dan ceramah kesedaran.

Sebagai Pengerusi JPTKK, saya turut membangkitkan mengenai langkah pembendungan terhadap aktiviti yang menjurus kepada keganasan dalam kalangan masyarakat. JPTKK ini akan menjadi asas kepada langkah pembendungan ini agar rakyat Malaysia bebas dari sebarang pengaruh pemikiran yang menjurus kepada keganasan yang boleh mengancam
dan merosakkan reputasi negara.

Langkah pembendungan ini juga merangkumi aktiviti pemantauan berterusan terhadap
teknologi komunikasi seperti media sosial dan gaming yang turut berpotensi dijadikan
sebagai medium untuk menyebarkan propaganda keganasan. Keadaan geopolitik terkini juga dilihat mampu mempengaruhi perluasan aktiviti-aktiviti kegiatan keganasan dan berpotensi untuk mengeksploitasi isu-isu semasa yang sensitif terutamanya terhadap umat Islam.

Pada masa ini, trend dan perkembangan semasa isu dan ancaman keganasan di Malaysia dan luar negara dapat memberi implikasi langsung ke atas keselamatan negara. Ancaman utama di peringkat global meskipun dilihat mengalami penurunan sejak tahun 2020, namun masih terdapat dua (2) kumpulan utama yang masih kekal menjadi ancaman pengganas utama global iaitu kumpulan Al-Qaeda dan DAESH dan usaha berterusan melalui operasi Counter Terrorism masih belum berjaya menangkis ancaman ini sepenuhnya.

Kerajaan turut memantau situasi terkini dan melakukan pengemaskinian makluman individu dan entiti yang tersenarai oleh negara-negara anggota melalui platform Jawatankuasa 1267 yang ditubuhkan di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia turut terlibat secara aktif dalam menjalani Penilaian Bersama (Mutual
Evaluation) 2024-2025 yang diterajui oleh Financial Action Task Force (FATF), sebuah
badan antarabangsa yang diwujudkan bagi tujuan menilai tahap pematuhan dan
keberkesanan negara-negara anggota terhadap piawaian antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana￾mana warganegara atau bukan warganegara yang berniat mengancam keselamatan negara dan menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Mesyuarat turut membincangkan perkembangan keadaan di Gaza dan perkara-perkara yang berkaitan tentang sokongan terhadap rakyat Palestin di dalam negara bagi
memastikan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *