MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA BIL 1/2024

  • February 28, 2024
  • 2 min read
MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA BIL 1/2024

KUALA LUMPUR, 29 Februari – Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan
Negara (MPPN) Bil 1/2024 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji
Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Mesyuarat turut disertai
oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara serta barisan
ahli Majlis seramai 12 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh masyarakat.

Dalam mesyuarat ini, ahli MPPN menjunjung kasih dan menyokong penuh
titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong (YDPA) agar perpaduan dalam kalangan masyarakat dipertingkat bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat hidup kekal harmoni.

MPPN pada kali ini antara lainnya telah meluluskan cadangan Pemerkasaan
Agenda Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) yang menyentuh mengenai inisiatif mengenai pemerkasaan Rukun
Tetangga (RT) Progresif, penghayatan Rukun Negara dan mengangkasa
Mediator Komuniti.

Fasa pertama inisiatif pemerkasaan RT Progresif akan dilaksanakan bermula
tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta seperti disediakan melalui
Bajet 2024. Oleh itu, Pelan Tindakan Pemerkasaan RT Progresif akan
dilancarkan sebagai gerak kerja membangun komuniti progresif. Sebanyak
116 RT telah akan diperkasakan sebagai Penggerak Komuniti Progresif.
Tujuan utama inisiatif ini adalah bagi memperkasa ekonomi komuniti RT,
meningkatkan pendapatan komuniti, dan meningkatkan kesejahteraan
sosial komuniti.

Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan kepentingan meningkatkan
literasi, pemahaman dan penghayatan pembudayaan Rukun Negara dalam
kehidupan seharian. MPPN meluluskan cadangan pelaksanaan Modul
Penghayatan Rukun Negara dan Jelajah Belia Rukun Negara dengan tema
Menjiwai Rukun Negara yang akan digerakkan bermula Mac 2024 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *