MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA (MPPN)

  • November 21, 2023
  • 2 min read
MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN NEGARA (MPPN)


KUALA LUMPUR:November 2023 – Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) pada hari ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MPPN. Turut serta, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang selaku Timbalan Pengerusi dan barisan ahli Majlis seramai 15 orang tokoh-tokoh masyarakat daripada pelbagai sektor.

Mesyuarat pada kali ini menjadi platform diskusi bagi membincangkan perkara-perkara berhubung perpaduan negara, intergrasi nasional, keharmonian rakyat, hubungan antara agama serta pelaksanaan program perpaduan bagi tahun 2024.

MPPN pada kali ini telah meluluskan cadangan pengaktifan semula
pelaksanaan Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) Fasa 3, di mana
PLIP sebelum ini telah membuka ruang untuk para pelajar di Institut Pengajian
Tinggi mempelajari dan memahami konsep silang budaya di samping menjalani
latihan industri melalui penempatan mereka di syarikat – syarikat Bumiputera
dan bukan Bumiputera.

Program ini akan menjadi satu program kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) selaras dengan Dasar Latihan Industri di bawah KPT. Selain itu,
MPPN juga bersetuju secara prinsip dengan cadangan kerangka pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) Progresif selaras dengan tumpuan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di mana RT akan diberikan
peranan menjadi penggerak dan pengantara penting dalam penganjuran
program komuniti, kesukarelawanan dan kenegaraan pada peringkat akar umbi
dalam usaha membangunkan masyarakat progresif. Kerangka KRT ini akan
diteliti dan diperincikan secara bersama melibatkan pelbagai Kementerian dan
agensi kerajaan.

YAB Pengerusi juga menekankan supaya konsep “Bangsa Malaysia”
dibincangkan semula secara meluas bagi memastikan ia menjadi sebahagian
usaha untuk mewujudkan identiti kebangsaan yang inklusif bagi semua rakyat
Malaysia. Bangsa Malaysia adalah suatu ikatan yang diterjemahkan dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Beliau juga turut mengalu￾alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha untuk meningkatkan
semangat perpaduan, semangat kenegaraan dan jati diri dalam kalangan
masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya di negara ini.
Dalam mesyuarat ini juga, YB Datuk Aaron turut memaklumkan bahawa KPN
telah berjaya menganjurkan sebanyak 433 program sehingga September
2023 yang berteraskan tiga (3) kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. KPN akan meneruskan penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) peringkat Kebangsaan bagi
tahun 2024 di Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *