MSPO: Usaha Kerajaan Untuk Menjamin Kemampanan Masa Depan Industri Sawit Negara
Malaysia telah melancarkan skim pensijilannya sendiri, iaitu Minyak SawitLestari Malaysia (MSPO), pada Januari 2015 didorong oleh faktor kos, sinisisme dankekecewaan terhadap propaganda berat sebelah sesetengah negara barat.Pensijilan ini dibangunkan menggunakan asas rundingan Meja Bulat MinyakSawit Lestari (RSPO) bagi memenuhi keperluan tempatan dengan input pasukanakademik antarabangsa dan pihak berkepentingan alam sekitar.MSPO ini bukanlah untuk bersaing dengan kaedah pensijilan lain dan ia lebihbertumpu kepada ekonomi Malaysia, alam sekitar dan hidupan liar. Tujuan MSPOadalah sebagai satu skim nasional untuk ladang kelapa sawit – sama ada milikkerajaan atau perseorangan – serta kebun kecil terancang dan kemudahanpemprosesan minyak sawit supaya ia mematuhi piawaiannya.Bermula sebagai satu penanda aras untuk pengeluaran minyak sawit yangbertanggungjawab, pensijilan MSPO merangkumi semua aspek pengeluaran minyaksawit – bermula dari peringkat huluan hingga hiliran. Ia mengambil kira keperluanuntuk pemuliharaan hutan, selaras dengan ikrar Malaysia pada Sidang KemuncakBumi Rio 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada tanah negaradi bawah litupan hutan.Piawaian MSPO akhirnya diwajibkan pada akhir 2019 dengan tiga garis masamandatori yang terdiri daripada (i) industri perladangan yang telah mempunyaipensijilan RSPO menjelang 31 Disember 2018; (ii) mereka yang tidak mempunyaipensijilan sebelum 30 Jun 2019; dan (iii) pekebun kecil menjelang 31 Disember 2019.Piawaian MSPO juga telah diselaraskan dengan pengurusan pengeluaranminyak sawit yang menggunakan undang-undang dan peraturan negara sedia ada.Dalam konteks kelestarian minyak sawit, jenis skim sama yang telah dilaksanakanialah RSPO dan Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO).Secara ringkasnya, pensijilan MSPO menekankan pengurusan mampan danbertanggungjawab yang boleh memberi impak sosial, alam sekitar dan ekonomi yangpositif sambil meminimumkan kesan negatif, khususnya ke atas manusia dan alamsekitar.Manfaatnya boleh diringkaskan sebagai;• Penambahbaikan kepada piawaian pengurusan;• Mengalakkan pengurusan hutan lestari;•Peningkatan biodiversiti;•Peningkatan sosial;•Peningkatan kecekapan yang memberi faedah ekonomi;• Pematuhan kepada dasar kesihatan dan keselamatan;•Pematuhan kepada keperluan undang-undang dan kontraktor; dan•Akses kepada pasaran sedia ada dan baharu.Badan pentadbir bagi sistem pensijilan ini adalah Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB). Badan pensijilan bebas yang berdaftar dengan MPOB dibenarkanmenilai organisasi berdasarkan piawaian MSPO yang berkaitan dan memastikansemua premis yang mengambil bahagian mematuhi piawaiannya. Sijil akandikeluarkan oleh badan pensijilan bebas ini selepas menjalankan audit dan mendapatkelulusan daripada MPOB.Menurut MPOB, setakat 30 Jun 2020, 3,040 ladang atau 96.04% yang terdiridaripada 4,064,895 hektar tanah tanaman, telah memperolehi sijil MSPO manakalasebanyak 400 kilang minyak atau 88.5% telah berjaya mendapatkan sijil MSPO.Berdasarkan pelaksanaan mandatori pensijilan MSPO yang telah bermula pada 1Januari 2020, pemilik ladang kelapa sawit dan kilang yang belum memulakan prosespensijilan akan dikenakan tindakan undang-undang mulai 1 Julai 2020. Tindakanpenguatkuasaan MPOB termasuk mengeluarkan amaran, tindakan undang-undangdan akhirnya, penggantungan atau pembatalan lesen sepatutnya dikuatkuasakanmulai 1 Januari 2021.Malangnya, walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam kesedaran olehKesatuan Eropah (EU) tentang minyak sawit mampan dan MSPO, propaganda antisawit masih tetap dimainkan oleh beberapa negara barat. Kebolehpercayaanstandard MSPO ini sering dipandang dingin dek kerana sikap pilih kasih blok ekonomiitu terhadap pensijilan (RSPO).RSPO yang dibangunkan oleh satu pasukan antarabangsa yang merangkumipengeluar minyak sawit, peniaga, pelabur dan organisasi bukan berasaskankeuntungan pada tahun 2004 – lebih sedekad sebelum MSPO. RSPO mempunyaipelbagai kumpulan bukan berasaskan keuntungan dan pemegang kepentingan yangmenyatukan tujuh sektor industri minyak sawit dalam satu dialog tetap.Ini termasuk pelabur, penanam, peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan ia menggunakan sistem pengundian secara konsensus untukmembangunkan standard dan kriteria secara berterusan. Setakat ini, 20% daripadaminyak sawit dunia mempunyai pensijilan RSPO. Sebagai perintis pensijilan, RSPOdipuji kerana menggalakkan pertumbuhan dan penggunaan minyak sawit yangmampan. Tidak boleh dinafikan bahawa apabila penanaman dilakukan denganbertanggungjawab, penghasilan minyak sawit adalah sangat efisien denganpenggunaan tanah yang optimum.Dibandingkan dengan tanaman utama lain seperti bunga matahari, kacangsoya dan kanola, kelapa sawit menggunakan tanah yang paling sedikit tetapimenghasilkan minyak yang paling banyak. Satu ekar kelapa sawit bolehmenghasilkan 11 kali lebih banyak minyak berbanding dengan kacang soya dan 10kali lebih banyak daripada bunga matahari.Sejak kebelakangan ini, RSPO juga telah dikritik, terutamanya oleh pertubuhanalam sekitar yang bukan berasaskan keuntungan. Mereka berpendapat bahawapiawaiannya gagal memberikan perlindungan yang mencukupi untuk hutan asli, buruhyang diggunakan dalam ladang kelapa sawit atau dalam menangani perlindunganiklim. Penyelidikan Greenpeace juga telah menggambarkan RSPO sebagai satuusaha ‘greenwashing’ atau penyebaran maklumat tidak tepat mengenai manfaat alamsekitar.Baru-baru ini, organisasi antarabangsa ini juga mendedahkan kemusnahanhutan hujan secara besar-besaran di Indonesia, yang didakwa disebabkan olehsyarikat yang diperakui RSPO.Beberapa syarikat yang mengguna pakai RSPO juga telah menyokonglarangan minyak sawit oleh EU, dengan alasan ia boleh memperlahankanpenebangan hutan. Ini telah menyebabkan ramai pencinta alam sekitar meraguisekiranya pensijilan ini telah melencong daripada misi asalnya, iaitu untuk menggunapakai amalan pengeluaran minyak sawit yang mampan.Semasa kemuncak pandemik COVID-19 pada tahun 2020, beberapa syarikatRSPO juga dikatakan telah melanggar hak asasi manusia.Dalam laporannya “Burning Questions: – Credibility of Sustainable Palm OilStill illusive”, NGO antarabangsa Agensi Penyiasatan Alam Sekitar UK dan rakankongsinya di Malaysia – Grassroots – mengakui bahawa walaupun tahun 2020menyaksikan Jawatankuasa Tetap Jaminan RSPO (ASC) mencuba meningkatkanjaminannya, ia masih belum dapat menyelesaikan tugas utamanya untuk menanganikebimbangan mengenai pengeluaran minyak sawit di bawah RSPO.”Sistem jaminan RSPO sepatutnya mengawasi proses pengesahan bahawaminyak sawit telah dihasilkan secara mampan tetapi masih terdapat kebimbangan,”kata jurukempen EIA Forests Siobhan Pearce.“Lencana kelulusan RSPO membolehkan “greenwashing”, satu taktik supayapengguna mempercayai bahawa produk adalah mampan dan baik untuk alam sekitarwalaupun sebenarnya ia tidak benar.”“Walaupun pelbagai tindakan diambil dalam tempoh lima tahun yang lalu, tidakbanyak yang boleh memberi keyakinan bahawa RSPO akan menyelesaikan masalahmasalah ini. ASC dan RSPO mesti bertindak lebih pantas dalam mencari puncamasalah dan melaksanakan perubahan yang benar-benar akan menanganinya.”Pengasas Grassroots, Andrew Ng, menambah: “Konflik baru dan sedia adaberkaitan hak asasi manusia dan hutan dengan pemegang sijil RSPO menunjukkanbahawa walaupun dengan usaha ASC, tuntutan untuk minyak sawit mampan masihtidak dipenuhi.”Hampir 5,000 ahli RSPO ialah beberapa syarikat multinasional terbesar didunia seperti Unilever, Procter & Gamble, Kellogg’s dan Johnson & Johnson.Menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar UK, jelas bahawa terdapat ruanguntuk penambahbaikan dalam skim pensijilan seperti RSPO yang berusaha untukmenyemai keyakinan dalam pendirian mereka.Perkara ini dapat dilihat lebih jelas dengan kedua-dua UK dan EU bersediauntuk memperkenalkan undang-undang baharu untuk menangani perkara yangharam serta isu hak tanah dan penebangan hutan dalam rantaian bekalan.Laporan yang diguna oleh Parlimen EU juga menekankan bahawa skimpensijilan hanya boleh digunakan di samping usaha lain yang wajar dilakukan olehsyarikat kerana terdapat kebimbangan bahawa skim pensijilan sahaja tidak berkesan.4 JUN 2022