OPS CEGAH semai budaya pencegahan kemalangan pekerjaan menerusi pendekatan mesra majikan Kuala Lumpur

  • May 18, 2022
  • 3 min read
OPS CEGAH semai budaya pencegahan kemalangan pekerjaan menerusi pendekatan mesra majikan Kuala Lumpur

Seiring dengan usaha bersepadu yang berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pekerja di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan, buat julung kalinya, program Ops Cegah dengan pendekatan lebih mesra majikan atau ‘soft approach’ bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja untuk mengamalkan budaya pencegahan kemalangan pekerjaan.Majlis Pelancaran Ops Cegah Peringkat Kebangsaan 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed di Menara PERKESO, hari ini.

Bertemakan ‘Kebersamaan Menangani Kemalangan Pekerja’, program ini akan dilaksanakan bermula 17 hingga 31 Mei 2022 dan melibatkan kesemua 54 Pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk Ibu Pejabat.Berteraskan nilai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, inisiatif Ops Cegah dirancang untuk dilaksanakan setiap tahun dengan mensasarkan pelaksanaan aktiviti pencegahan kemalangan pekerjaan membabitkan kemalangan industri dan kemalangan semasa perjalanan pergi balik kerja (commuting accident).Program ini juga menjadi wahana buat PERKESO untuk berkongsi maklumat, panduan, peluang dan ruang kepada pengurusan tertinggi syarikat untuk menerap dan melaksanakan amalan serta langkah–langkah pencegahan kemalangan pekerjaan kepada pekerja mereka.Antara MATLAMAT program Ops Cegah adalah seperti berikut:•

Memberi kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pengurusan syarikat / majikan bagi menyediakan suasana tempat kerja yang selamat kepada para pekerja.• Memberi panduan kepada majikan dan pekerja mengenai amalan terbaik dan berkesan dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, ketika dalam perjalanan serta aktiviti pekerjaan yang berkaitan jalan raya.• Menggalakkan pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan ketika bekerja dan di jalan raya.• Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya pencegahan sebagai asas perlindungan sosial kepada majikan dan pekerja.• Mengurangkan kemalangan industri dan kemalangan perjalanan di kalangan pekerja.Penganjuran Ops Cegah pada tahun ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa rakan strategik seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Modus operandi Ops Cegah melibatkan aktiviti turun padang oleh PERKESO bersama rakan strategiknya ke 1,060 premis syarikat di seluruh negara. Sesi lawatan dan perjumpaan diadakan dengan pengurusan tertinggi syarikat yang telah mencatatkan jumlah kemalangan pekerjaan tertinggi pada tahun 2021, berdasarkan senarai ‘Top 100’ di seluruh negara dan ‘Top 20’ di kawasan Pejabat PERKESO tempatan.Menurut data PERKESO, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanianmenyumbang kepada kadar tertinggi kes kemalangan pekerjaan, termasuk sewaktu berulang-alik ke tempat kerja. Menerusi Ops Cegah, PERKESO berharap untuk meningkatkan lagi kesedaran golongan majikan terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya mendorong mereka untuk lebih bertanggungjawab dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan kepada para pekerja.

PERKESO yakin inisiatif ini mampumembentuk budaya pencegahan dan mengurangkan kadar kemalangan pekerjaan khususnya dalam kalangan pencarum PERKESO dan rakyat Malaysia secara amnya.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang PERKESO di www.perkeso.gov.myatau hubungi nombor Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *