Pameran BPEX ‘Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022’ 8,500 unit kediaman untuk bumiputera

  • October 13, 2022
  • 3 min read
Pameran BPEX ‘Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022’ 8,500 unit kediaman untuk bumiputera

KUALA LUMPUR: Pameran BPEX atau Bumiputera Property Exhibition telah bermula mengadakan platform untuk pemain-pemain industri hartanah terutama sekali pemaju-pemaju perumahan di Lembah Klang
semenjak tahun 2007 yang mana unit bumi kuota dapat dipromosikan kepada masyarakat
Bumiputera, supaya mereka tahu adanya unit-unit kuota Bumi di Lembah Klang yang boleh
namakan “Bumiputera Property Stop Centre”.

Semenjak itu sehingga kini genaplah 15 tahun, BPEX menyediakan platform kepada pemaju tetapi juga menggalakkan Kaum Bumiputera memiliki rumah idaman mereka.

Sama ada sebagai rumah pertama atau sebagai pelaburan. Memiliki rumah pertama bagi golongan B40 dan M40 adalah cabaran buat masa sekarang ini, apatah lagi yang tinggal di bandar, gaji tak cukup kerana bebanan komitmen kehidupan yang tinggi,
pendapatan tak tetap, bergaji kecil, tiada pay-slip, dan disebabkan ini loan tidak lulus.


Baru-baru ini program pemilikan rumah atau HOPE yang membawa satu inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia l-biaya yang merangkumi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Rumah Pertamaku (SRP), Rumah PR1MA, Konsep Sewa Beli (Rent-To-Own) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dapat membantu golongan ini memilih rumah pertama mereka dengan mudah.

Serta baru-baru ini juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada menyatakan bahawa bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.

Pengecualian berkenaan adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun lalu sehingga Disember 2023.


BPEX mengambil peluang dan kesempatan ingin bersama membawa aspirasi SATU KELUARGA SATU RUMAH bagi menuju sasaran bahawanya setiap orang perlu ada rumah dan BPEX bersama-sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berganding bahu menjalankan tanggungjawab bagi menunaikan hasrat rakyat dan yang lebih penting supaya Kaum Bumiputera
tidak terlepas peluang inisiatif-inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan.

Pengarah Urusan MMC Sdn Bhd berkata sokongan kepada BPEX yang mempromosikan unit kuota Bumi terus diberikan supaya kelestarian untuk masyarakat Bumiputera dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

BPEX berjaya mengumpulkan lebih 8000 unit kuota Bumi yang bernilai lebih kurang 6 bilion ringgit bermula dari RM250,000 hingga hartanah RM5 milion.


Unit Kuota Bumi adalah satu peruntukkan kepada syarikat Bumiputera untuk sama-sama
manfaatkannya. Ianya telah diwartakan setiap pembangunan kediaman di Kuala Lumpur sebanyak 30 peratus dan 60 peratus di Selangor dan harus dipromosikan sebaik mungkin supaya ianya dapat diketahui oleh Kaum Bumiputera dan sekali gus membantu pemaju menjual unit ini dengan lebih baik lagi.


Pelabur-pelabur yang arif tentang hartanah faham bahawa membeli hartanah adalah satu langkah bijak dimana lambat laun pulangannya akan bertambah.

Pemaju-pemaju hari ini telah memberikan
yang terbaik seperti diskaun atau rebat istimewa untuk bakal pembeli dan pelabur hartanah. Ada 55 pemaju mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law
dan Sky World Development.


Kami boleh dihubungi di talian 03-4142 3658 atau 03-4142 1151 untuk mendapat maklumat
lanjut.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *