PARLIMEN KESATUAN EROPAH MEMBELAKANGI RAKAN ASEAN DENGAN MELULUSKAN PERATURAN PENYAHHUTAN KESATUAN EROPAH (EUROPEAN UNION DEFORESTATION REGULATION-EUDR)

  • April 15, 2023
  • 2 min read
  • Pada 19 April 2023, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) secara prinsip telah meluluskan Peraturan EU Deforestation Regulation (EUDR).2. Peraturan ini merupakan usaha terancang untuk meningkatkan kos dan halangan terhadap sektor sawit Malaysia, terutamanya terhadap 450,000 pekebun kecil. Tindakan ini akhirnya akan meningkatkan tahap kemiskinan, mengurangkan pendapatan isi rumah dan mendatangkan kesan buruk terhadap masyarakat luar bandar.
  • Situasi ini bercanggah dengan komitmen EU terhadap UN Sustainable Development Goals.3. Peraturan EUDR adalah tidak adil dan berfungsi untuk melindungi pasaran minyak bijian tempatan yang kurang efisyen dan tidak mampu bersaing dengan eksport minyak sawit Malaysia yang lebih efisyen dan produktif.4. Kerajaan Malaysia sekali lagi ingin menekankan pendirian seperti berikut:i. Pengecualian bagi Pekebun Kecil adalah perlu: Pihak EU harus memberi pengecualian pelaksanaan Peraturan EUDR terhadap pekebun kecil. Sekiranya tidak, ini akan menyebabkan pekebun kecil terkeluar daripada rantaian bekalan pengimportan sawit dan produk sawit ke EU.ii.
  • Tiada klasifikasi “Risiko Tinggi”: EU seharusnya memberi komitmen untuk tidak mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara “Risiko Tinggi” dan tidak mengenakan jurisdictional approach. Pengkelasan Malaysia sebagai berisiko tinggi adalah tidak berasas. Malaysia sering kali memenuhi komitmen terhadap pemeliharaan hutan dan pertanian mampan, yang telah diiktiraf oleh institusi terkemuka dunia seperti UN FAO dan World Bank.iii. Pengiktirafan terhadap Piawaian Malaysia: Pihak EU seharusnya mengiktiraf kelebihan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil -MSPO) yang merupakan pensijilan mampan mandatori, seiring dengan keperluan EUDR.5. Malaysia sentiasa terbuka untuk mengadakan libat urus bersama pihak EU bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
  • Pihak EU pada masa ini perlu memberi komitmen terhadap penglibatan pihak kerajaan dan industri dari negara pengeluar, termasuk penglibatan dalam Deforestation Platform yang sedang dilaksanakan.6. Minyak sawit Malaysia adalah mampan dan merupakan minyak sayuran yang paling menyeluruh dipersijilkan di dunia. Piawaian MSPO memastikan komitmen negara terhadap kemampanan, dan telah membantu mengurangkan kadar penyahhutanan kepada sifar. Malaysia akan terus membekalkan minyak sawit mampan dan bebas penyahhutanan kepada pasaran global.7. Malaysia kecewa dengan langkah EU untuk menjarakkan diri daripada pasaran global dengan meletakkan halangan perdagangan bebas.
  • Ini adalah langkah yang tidak wajar, memandangkan ASEAN dan CPTPP semakin berpengaruh dalam menarik rakan dagangan global.8. Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia sedang merangka maklumbalas yang bersesuaian terhadap peraturan ini, dengan mengambilkira kepentingan sektor sawit dan hasrat EU untuk mengenakan halangan dagangan yang tidak munasabah.9. Kerajaan menggesa agar pihak EU mengambil perhatian terhadap kebimbangan Malaysia dan sektor sawit secara keseluruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *