PELANTIKAN DATUK BANDAR KUALA LUMPURT
Pelantikan YBhg. Datuk Sr Kamarulzaman bin Mat Sallehsebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa pada 17 April 2023. Pelantikan YBhg. Datuk Sr Kamarulzaman bin Mat Salleh sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu adalah selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190].YBhg. Datuk Sr Kamarulzaman bin Mat Salleh, 59 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia (1987).
Beliau mula berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun 1991 dan mempunyai 32 tahun pengalaman dalam pengurusan bandaraya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek), DBKL.Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan Kerajaan. pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri TPr Haji Mahadi bin Che Ngah yang telah tamat tempoh pelantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 31 Mac 2023.
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALIKetua Setiausaha Negara13 April 2023