Pelatih Supee Koko gilap pekebun koko jadi pakar rujuk di kawasan kelompok dan Pelancaran Aplikasi pengurusan perosak Koko sokong penggunaan IT dalam sektor huluan

  • May 18, 2022
  • 2 min read
Pelatih Supee Koko gilap pekebun koko jadi pakar rujuk di kawasan kelompok dan Pelancaran Aplikasi pengurusan perosak Koko sokong penggunaan IT dalam sektor huluan

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin menerusi siri Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada hari kedua ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pelatih Super Koko (PSK) Sabah dan melancarkan dua (2) aplikasi pengurusan perosak koko yang diadakan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko, Kota Kinabalu, Sabah.

. Seramai 43 peserta khususnya dari negeri Sabah telah menghadiri Kursus PSK yang bertujuan untuk melatih pekebun koko yang terpilih menjadi Pelatih Super Koko (PSK) yang kompeten, mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengurusan tanaman koko. PSK ini seterusnya akan dilantik sebagai pekebun koko contoh dan pakar rujuk di kawasan kelompok koko.3. Kursus PSK anjuran ini adalah yang pertama seumpamanya pada tahun ini yang disasarkan di negeri Sabah. Kursus PSK seterusnya akan disusuli di negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 4. Dua (2) aplikasi pengurusan perosak koko terbaharu LKM yang diperkenalkan pada kali ini mengguna pakai sistem digital dan datasepenuhnya dikenali sebagai Decision Making Cocoa (DMCOCOA)dan Action Threshold-Integrated Pest Management (AT-APM CACAO). Pembangunan aplikasi ini penting bagi menyokong usaha Kerajaan dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi digitaldalam kalangan pekebun kecil koko khasnya di peringkat huluansektor koko.

Fokus Program Jelajah Agrikomoditi selama dua (2) hari ini bermula semalam juga menekankan mengenai kepentingan perluasan tanaman koko di Malaysia. Hasrat Kerajaan 5adalah untuk memastikan sumber bekalan pengeluaran bahan mentah koko tempatan terus mencukupi, berdaya saing dan mampu menyokong pembangunan sektor koko di peringkat pertengahan dan hiliran. Menerusi Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK) yang dilaksanakan oleh LKM, seluas 1,000 hektar kawasan tanaman baharu koko telah dan akan dibangunkan ke arah penanaman pokok koko klasifikasi ‘fine flavour’ dan ‘single origin’.6. Pada tahun 2022, sebanyak RM7 juta akan diperuntukkan dalam Program RPHK ini bagi kerja-kerja pembukaan dan pembersihan 350 hektar kawasan tanaman baharu. Para pekebun kecil koko juga akan dibekalkan dengan anak benih pokok koko, anak benih pokok pelindung, bekalan baja dan racun. Bagi menyokong aktiviti dan proses pengeringan biji koko, sebanyak 25 unit mini pemprosesan koko akan dibina di seluruh negara.7. Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad (KKSB) telah ditubuhkan pada 20 Disember 2019. Peranan utama KKSB adalah untuk membeli biji koko kering daripada pekebun kecil koko pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran dengan proses pembayaran lebih cepat dan telus dalam membantu para pekebun kecil koko menjana pendapatan. Ini sekali gus memberi manfaat langsung kepada 3,057 pekebun koko di negeri Sabah.

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI18 Mei 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *