Peluang keemasan untuk Minyak Emas negara merampas kembali pasaran EU
![Peluang keemasan untuk Minyak Emas negara merampas kembali pasaran EU](https://utvmediamalaysia.com/wp-content/uploads/2022/05/Screenshot_20220506_120411.jpg)
Penganalisis pasaran kini menjangkakan peningkatan permintaan minyak
sawit dari rantau EU dalam jangka masa terdekat memandangkan kuantiti
eksport kacang soya yang lebih rendah dari Brazil, Paraguay, Rusia dan
Ukraine serta pengurangan minyak bunga matahari dari Rusia, Kazakhstan
dan Ukraine. Ditambah pula dengan langkah terbaharu negara jiran Indonesia,
yang merupakan pengeksport minyak sawit terbesar dunia, untuk meluaskan
skop larangan eksport bahan mentah untuk minyak masak termasuk minyak
sawit mentah dan ditapis, harga global minyak sayuran berkemungkinan kekal
tinggi untuk separuh pertama tahun ini.mSaya percaya masa sekarang
merupakan peluang yang baik untuk minyak sawit mendapatkan semula
keyakinan daripada pembeli Eropah walaupun komoditi ini telah menerima
publisiti yang kurang baik pada masa lalu.
Dalam hal ini, saya telah mengarahkan agensi berkaitan di bawah MPIC,
seperti Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) untuk melaksanakan kempen yang agresif untuk komoditi
kami supaya ia dapat mengisi jurang dalam pasaran global minyak minyak.
Agensi-agensi ini, dengan kerjasama MPIC, perlu memastikan minyak sawit
Malaysia kekal sebagai pilihan utama dalam pasaran global untuk jangka masa
panjang, terutamanya di mana pengguna telah terdedah kepada propaganda
negatif pada masa lalu.
Di bawah kepimpinan saya, MPIC tidak akan mensia-siakan peluang yang
terdapat sekarang. Sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan usaha dalam
menentang propaganda yang memburukkan kredibiliti minyak sawit. Kita juga
perlu mempamerkan pelbagai manfaat kesihatan minyak emas ini, selaras
dengan kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan MPOC.
- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan mengambil
peluang yang timbul akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan
minyak masak, untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia. Kementerian ini
juga berhasrat untuk membuka jalan untuk komoditi ini mendapatkan semula
bahagian pasarannya, terutamanya di Kesatuan Eropah ( EU). - Konflik di Ukraine yang bermula pada Feb 24 Feb telah menjejaskan bekalan
global minyak sayuran dengan ketara kerana ketidaktentuan eksport melalui
Laut Hitam telah mengakibatkan harga minyak sayuran/masak yang lebih
tinggi. Ini boleh mengetatkan lagi bekalan minyak bijian dan sayuran, sekali gus
memanjangkan kitaran naik harga minyak ini. - Ketegangan di Eropah Timur ini telah menyebabkan kekurangan minyak bunga
matahari dan minyak rapeseed kerana kedua-dua negara ini menyumbang
80% daripada eksport global. MPIC percaya bahawa ketegangan di Laut Hitam
akan memberi impak yang positif kepada industri minyak sawit Malaysia kerana
banyak negara Eropah yang bergantung kepada minyak bunga matahari, kini
sedang beralih kepada minyak sawit. - Ukraine dan Rusia sedang memasuki masa yang kritikal untuk penanaman
bunga matahari yang sepatutnya bermula pada bulan April, tetapi perang yang
berpanjangan boleh memberi kesan kepada musim penanaman ini. Eksport
minyak bunga matahari daripada Ukraine dan Rusia menyumbang 10%
daripada semua eksport minyak masak global.