Penggunaan baja sisa organik secara optimum jamin pulangan pendapatan lebih baik

  • June 14, 2022
  • 2 min read
Penggunaan baja sisa organik secara optimum jamin pulangan pendapatan lebih baik

Ekoran kenaikan harga baja yang mencecah sehingga 60% daripadajumlah kos pengeluaran minyak sawit, Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi (KPPK) ingin menggesa pengusaha ladangsawit, tanpa mengira saiz ladang, untuk mengoptimumkan penggunaanbaja daripada sisa organik bagi menggantikan baja berasaskan kimia.Selain dapat memberi pulangan kepada pengusaha ladang, penggunaanbaja daripada sisa organik juga dilihat membantu dalam aspekkeselamatan makanan, memandangkan pengeluaran makanan yangselamat adalah penting untuk melindungi pengguna di dalam negara,daripada bahaya penyakit bawaan makanan.

Hasrat ini juga selaras dengan saranan Pertubuhan Makanan danPertanian (FAO), agensi bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) iaitu usaha untuk melaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP)semasa pengeluaran di ladang dan proses pasca pengeluaranpenghasilan produk pertanian.Bukan itu sahaja, Kementerian turut menggalakkan pengusaha ladangdan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dengan melaksanakanpenanaman berselang.

Hal ini kerana, penanaman berselang diyakiniboleh memperbaiki mutu kesihatan ekosistem dan kesuburan tanah,seterusnya meningkatkan pengeluaran sawit.Kaedah setempat /inovatifPenanaman kelapa sawit kini menghadapi kenaikan kos operasi antara10% dan 15% berpunca daripada lonjakan dalam kos baja, buruh danbahan api.

Memahami bahawa kenaikan harga baja minyak sawit merupakanfenomena global yang tidak dapat dielakkan berpunca daripada tekananinflasi dan konflik Rusia-Ukraine, penggunaan kaedah setempat untukmengatasi kekurangan dan harga baja yang terlalu tinggi adalah lebihberkesanAntara kaedah inovatif ialah penghasilan baja bio menggunakantempurung isirong sawit (PKS) -yang biasanya akan dibakar atau ditanam- melalui proses pirolisis untuk menghasilkan biochar PKS yangkemudiannya dirawat dengan biojisim lain seperti baja ayam untukmenghasilkan baja bio yang kemudiannya boleh digunakan sebagai bajauntuk kelapa sawit.

Baru-baru ini, KPPK juga telah membuka permohonan untuk dua insentifiaitu Skim Pertanian Bersepadu Kelapa Sawit (ITa) dan Skim PembiayaanMudah Agro Bank-MPOB. Di bawah ITa, pengusaha ladang kelapa sawityang menanam nanas layak mendapat insentif RM7,000 sehektarmanakala mereka yang menanam pisang, tembikai, jagung dan betik pulalayak menerima RM3,000 sehektar.

Insentif tanaman selingan ini bertujuan menggalakkan pemilik ladangmempelbagaikan sumber pendapatan mereka melalui tanaman kontandan mengoptimumkan penggunaan tanah mereka di sampingmeringankan kos pengeluaran akibat kenaikan harga baja.Dalam keadaan kenaikan harga baja dan situasi semasa akibat tekananinflasi dan peperangan di Ukaraine dan Rusia, pemain industri danpekebun kecil perlu memikirkan langkah agresif bagi memastikancabaran ini akan dapat diatasi dan seterusnya pulangan pendapatan hasilsawit tidak akan terkesan.

14 JUN 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *