Penubuhan jawatankuasa dakwaan buruh paksa langkah wajar selesai isu Minyak Sawit dan Getah

  • May 15, 2022
  • 3 min read
Penubuhan jawatankuasa dakwaan buruh paksa langkah wajar selesai isu Minyak Sawit dan Getah


Washington, D.C -15 Mei 2022.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi amat mengalu-alukan keputusan Jabatan
Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat untuk menubuhkan
sebuah jawatankuasa kerja dengan Kerajaan Malaysia bagi menangani isu dakwaan
buruh paksa. Ini adalah langkah wajar untuk menyelesaikan isu berkaitan komoditi
negara khususnya minyak sawit dan getah.


Dalam semangat Keluarga Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Menteri Sumber Manusia YB Datuk Seri M. Saravanan kerana mendapat
komitmen daripada CBP untuk menubuhkan jawatankuasa kerja ini semasa lawatan
beliau ke AS yang sedang berlangsung. Semasa lawatan kerja saya ke AS yang
dijadualkan bermula dari 11 Mei hingga 16 Mei 2022, Kementerian akan lakukan
perkara susulan lebih dekat dengan pihak berkuasa di sini demi mencari penyelesaian
segera. Saya juga akan mengadakan beberapa mesyuarat penting dan saya yakin
resolusi yang baik boleh dicapai dalam tempoh terdekat.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kebanyakan dakwaan buruh paksa yang
dibuat oleh NGO dan kumpulan berkepentingan lain, tidak disahkan oleh pihak
berkuasa AS. Namun tindakan ke atas produk Malaysia seperti minyak sawit dan
produk minyak sawit telah diambil dan ini merupakan langkah yang kurang adil kepada
industri komoditi negara kita.


Kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantau dan mencegah
buruh paksa dengan terus komited untuk hapuskan buruh paksa dan buruh kanak

kanak melalui ratifikasi Konvensyen Asas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No.
29 (Buruh Paksa) dan Konvensyen No.182 (Worst Forms of Child Labour).
Di samping itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen No.98 (Perundingan
Bersama), Konvensyen No.100 (Imbuhan Sama Rata) dan Konvensyen No.138
(Umur Minimum) dan Konvensyen no.131 (Gaji Minimum). Konvensyen-konvensyen
ini menyediakan panduan dalam menentukan kewajipan Malaysia berkenaan dengan
perlindungan hak pekerja asing.
Pada masa ini, Malaysia juga telah terlibat dalam Projek BRIDGE dengan ILO,
bertujuan menyokong usaha dalam memerangi buruh paksa di bawah Protokol 29
(Protokol tambahan kepada Konvensyen 29) sebagai panduan tentang langkah-
langkah untuk menghapuskan semua bidang buruh paksa (pencegahan,
perlindungan terhadap mangsa dan akses kepada keadilan).
Malaysia juga telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai The Labour Situation
in Palm Oil Plantation Sector in Malaysia pada tahun 2018. Dapatan kajian ini telah
dihantar ke Jabatan Buruh Amerika Syarikat (US DOL) dan diterbitkan sebagai
dokumen awam. Pada 19 November 2021, Kerajaan Malaysia juga telah bersetuju
untuk meratifikasi Protokol ILO 29 yang merupakan Protokol 2014 kepada
Konvensyen Buruh Paksa, 1930, serta penyertaan Malaysia sebagai negara
Pathfinder di bawah SDG Alliance 8.7 sebagai sebahagian usaha berterusan usaha
kerajaan membasmi buruh paksa di Malaysia.
Kerajaan melalui Kementerian akan terus memastikan industri komoditi negara yang
merupakan antara penyumbang utama kepada pemulihan ekonomi negara pasca
Covid-19 akan terus dilindungi dari propaganda mengelirukan dari pelbagai pihak.
Saya juga ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia bersama KPPK dalam usaha
menentang kempen anti-sawit dan terus mempromosi kebaikan minyak sawit
Malaysia yang penuh kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *