Penyelarasan kos sara hidup bagi bayaran faedah berkala dan kenaikan pencen minimum
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala sedia ada dan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan PERKESO, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Pelaksanaan inisiatif ini adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 oleh International Labour Organisation (ILO) dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID- 19, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kadar inflasi.
Pelarasan bayaran faedah berkala PERKESO dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 400,000 penerima faedah sedia ada yang akan melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM 213 juta.
Faedah-faedah PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang dibayar secara berkala merangkumi Pencen Ilat dan Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan, serta Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
2
- Sehingga kini, pelarasan kos sara hidup bagi bayaran faedah berkala PERKESO
telah dibuat sebanyak 10 kali di bawah Skim Keilatan sejak 1982 dan 12 kali
di bawah Skim Bencana Pekerjaan sejak 1977. - Kadar pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala PERKESO ini
adalah di antara 0.7 peratus sehingga 9.4 peratus mengikut tahun pencen
diterima. - Sementara itu, pelaksanaan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim
Keilatan, Akta 4 akan ditingkatkan daripada kadar pencen minimum sedia ada
iaitu sebanyak RM 475 sebulan kepada RM 550 sebulan. - Peningkatan kadar pencen mininum ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira
56,000 isi rumah di negara ini dalam membantu menangani kenaikan kos sara
hidup menerusi peruntukan kewangan sebanyak RM 21 juta. - Sehubungan itu, Kerajaan melalui KSM dan agensinya, PERKESO berharap
inisiatif ini akan dapat meringankan beban kewangan Keluarga Malaysia pasca
pandemik COVID-19.