PERKESO lancar bulan pemutihan SKSPS 2.0

SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKESO KE-51
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melaksanakan
Bulan Pemutihan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bersempena
dengan Sambutan Hari PERKESO ke-51 pada 1 Oktober 2022.
Bulan Pemutihan SKSPS 2.0 yang akan dilaksanakan selama sebulan ini bermula dari
1 hingga 31 Oktober 2022. Usaha ini bertujuan untuk menggalakkan Orang Bekerja Sendiri (OBS) mendaftar dan dilindungi dengan PERKESO menerusi SKSPS.
Bulan Pemutihan SKSPS 2.0 ini juga dilihat sebagai usaha berterusan PERKESO untuk
memastikan lebih ramai OBS tampil mendaftar diri dan merupakan kesinambungan
daripada kejayaan pelaksanaan Bulan Pemutihan dan Ops Kesan Peringkat
Kebangsaan pada bulan Mei dan Jun yang lalu.
Pelaksanaan bulan pemutihan ini turut memberikan tumpuan kepada golongan OBS
dalam dua (2) sektor mandatori atau yang wajib mendaftar PERKESO iaitu Sektor
Pengangkutan Penumpang dan Sektor Pengangkutan dan Penghantaran Barangan
atau Makanan.
Bulan pemutihan yang dilaksanakan sebelum ini iaitu dari 1 hingga 31 Mei 2022 telah
meningkatkan kesedaran OBS dalam dua sektor mandatori tersebut untuk mendaftarkan
diri dan mendapatkan perlindungan sosial di bawah SKSPS:
Berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), kegagalan
OBS dalam dua sektor berkenaan untuk mendaftar dan mencarum SKSPS merupakan
satu kesalahan dan boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau didenda RM10,000.00 atau
kedua-duanya, sekiranya sabit kesalahan.
Sehubungan itu, PERKESO akan memberi peluang dan tidak akan mengeluarkan Notis
Amaran SKSPS kepada golongan OBS dalam dua sektor berkenaan yang tampil
mendaftar dan mencarum SKSPS secara sukarela, sebelum atau pada 31 Oktober
i. Bagi Sektor Pengangkutan Penumpang, terdapat peningkatan melebihi 100
peratus kepada 33,992 OBS yang berdaftar dan mencarum SKSPS pada Mei
2022 berbanding 2,425 OBS pada bulan April 2022; dan
ii. Bagi Sektor Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau Makanan,
terdapat peningkatan melebihi 100 peratus kepada 37,014 OBS yang berdaftar dan mencarum pada Mei 2022 berbanding 3,192 OBS pada bula
Sehingga 27 September 2022, seramai 322,371 OBS aktif bagi dua sektor mandatori tersebut telah berdaftar dan mencarum SKSPS.
Secara keseluruhannya seramai 559,474 OBS aktif mencarum dengan SKSPS dalam tempoh yang sama.
Sepanjang tempoh Ops Kesan Kebangsaan pada Jun 2022, sebanyak 162 Notis
Amaran SKSPS telah dikeluarkan oleh PERKESO kepada OBS dalam dua sektor
mandatori tersebut.
Sempena Bulan Pemutihan SKSPS 2.0 ini, PERKESO menyeru kepada semua OBS
yang layak dan masih belum mendaftar agar tampil mencarum secara sukarela.
Pendaftaran boleh dibuat sama ada menerusi:
Portal MATRIX PERKESO di www.matrix.perkeso.gov.my
Hadir ke mana-mana 54 pejabat PERKESO di seluruh negara.
Selain itu, PERKESO juga ingin menggalakkan OBS dalam lapan (8) kumpulan sasaran
untuk memohon dan memanfaatkan inisiatif Kerajaan iaitu SPS Padanan Caruman di
bawah Bajet 2022. OBS yang layak boleh memohon insentif ini dan mendapatkan
bantuan padanan caruman SKSPS untuk tempoh perlindungan selama setahun dengan
hanya membayar RM46.60 (20 peratus) sahaja di bawah Pelan Caruman Kedua
SKSPS. Baki bayaran caruman sebanyak RM186.20 (80 peratus) akan dibiayai
sepenuhnya oleh Kerajaan.
Lapan (8) kumpulan sasar di bawah SPS Padanan Caruman ini termasuk golongan
wanita yang bekerja sendiri (SPS Usahawanita), orang asli dan orang asal dari Sabah
dan Sarawak (SPS Asal), OBS yang menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat
pengantara atau Service Platform Provider (SPS Gig), penjaja seperti di pasar, gerai,
kiosk dan food truck (SPS Jaja); OBS dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan
dan perhutanan (SPS Tani), OBS dalam sektor kesenian seperti artis, penyanyi, pelakon,
kru produksi, kraftangan dan jurufoto (SPS Seni), OBS dalam sektor pelancongan (SPS
Lancong) dan OBS yang kurang upaya (SPS Lain Upaya).
Selain itu, OBS dalam empat (4) kategori sasaran seperti anggota pasukan sukarelawan
dan penjawat awam pula digalakkan untuk merebut manfaat yang disediakan Kerajaan
menerusi inisiatif SPS Khidmat yang turut diperkenalkan dalam Bajet 2022.
Di bawah SPS Khidmat, Kerajaan membiayai sepenuhnya caruman bagi Pelan Caruman Kedua SKSPS kepada OBS yang layak untuk tempoh perlindungan selama setahun.
Mereka termasuklah sukarelawan ATM, APM, PDRM, MARITIM, RELA; perkhidmat rumah
ibadah Islam seperti imam, bilal, guru takmir, noja, siak, dan merbut; dan penyelia dan
petugas pemulihan dalam komuniti.
Sementara itu, bagi anggota atau penjawat awam berstatus Contract For Service pula, Kerajaan akan membiayai sepenuhnya caruman Pelan Caruman Keempat SKSPS.
Memandangkan tarikh tutup permohonan bagi kedua-dua inisiatif berkenaan adalah pada
31 Disember 2022, PERKESO ingin menggesa golongan OBS dalam kumpulan sasar
tersebut untuk hadir ke mana-mana Pejabat PERKESO berhampiran untuk membuat
semakan dan memohon bantuan Kerajaan tersebut.