PERLUASAN PROJEK RINTIS SISTEM KAWALAN DIESELBERSUBSIDI 2.0 (SKDS 2.0)
CYBERJAYA, 6 MAC 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan lima syarikat minyak untuk
memperluas Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
Fasa I Projek Rintis SKDS 2.0 telah berjaya dilaksanakan sejak Januari 2024
yang melibatkan enam syarikat perintis dalam Sektor Pengangkutan Darat
(Barangan).
Bermula 7 Mac 2024, Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 akan diperluas kepada
syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (Barangan). Sembilan (9) jenis
kenderaan yang terlibat dalam fasa II ini adalah seperti berikut:
(i) Lori Kargo Am; (vi) Lori Tangki Tepung;
(ii) Lori Minuman Botol; (vii) Lori Tangki Air;
(iii) Lori Refrigerated; (viii) Panel Van; dan
(iv) Lori Luton/ Kotak; (ix) Window Van.
(v) Penggerak Utama;
Permohonan boleh dibuat mulai hari Khamis, 7 Mac 2024, pukul 9.00 pagi melalui
Sistem MySubsidi Diesel KPDN di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
(i) syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia;
(ii) kenderaan barangan adalah milik syarikat pemohon;
(iii) kenderaan barangan hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah; dan
(iv) kenderaan barangan dalam sembilan jenis kenderaan yang
disenaraikan terlibat dalam Fasa II Projek Rintis.
Sebaik berjaya mendapat kelulusan dibawah Sistem MySubsidi Diesel KPDN,
proses selanjutnya syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (Barangan)
berkenaan boleh mendapatkan Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan untuk
pembelian diesel bersubsidi. Mekanisme menggunakan Fleet Card ini adalah
antara usaha untuk beralih daripada kaedah manual ke teknologi digital dalam
mengawal selia barang bersubsidi yang dipertanggungjawabkan di bawah
KPDN.
Perluasan penggunaan Fleet Card kepada Sektor Pengangkutan Darat
(Barangan) di bawah Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 adalah bagi menambah baik
kaedah kawal selia dalam pemberian diesel bersubsidi kepada kenderaan yang
layak.
Pada masa yang sama, KPDN dan Kementerian Kewangan (MOF) sedang
meneliti keperluan perluasan Projek Rintis SKDS 2.0 kepada jenis-jenis
kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) lain yang bersesuaian bagi
menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih
cekap dan efektif. Kaedah digital ini juga dapat membantu mengurangkan kos
kawalan dan penguatkuasaan yang dibuat secara fizikal.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek