PERMOHONAN DANA KANDUNGAN DIGITAL INDUSTRI MUZIK 2023 DIBUKA

  • March 24, 2023
  • 1 min read


KUALA LUMPUR, 24 MAC 2023 – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui
agensi pelaksana iaitu Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) telah membuka
permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 bermula 23 Mac 2023
dan akan ditutup secara berperingkat. Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat
industri muzik melalui peluang pembiayaan dana sehingga RM300,000.
DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan oleh Kerajaan bagi memudahkan dan
menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan
muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan dalam negara dan di peringkat
antarabangsa. Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi
Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan
Muzik. Nilai geran yang ditawarkan pula berjumlah RM100,000 (Create 2 Market) dan
RM300,000 (Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa dan Dana Persembahan Muzik).
Pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana ini akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat
memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Tahun lalu sebanyak RM3.6 juta
DKD Persembahan Muzik 2022 telah diluluskan yang memberi tumpuan kepada
penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.
Pembukaan program DKD Industri Muzik ini diharap dapat merealisasikan iltizam Kumpulan
MyCreative dalam menyokong Industri Kreatif negara, terutamanya Industri Muzik. Maklumat
lanjut mengenai DKD Industri Muzik 2023, layari http://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *