Riba pencetus utama Rasuah dan Kos Sara Hidup Tinggi: Mana hala tuju Negara?

  • December 21, 2022
  • 5 min read
Riba pencetus utama Rasuah dan Kos Sara Hidup Tinggi: Mana hala tuju Negara?

1.Parti Rakyat Malaysia(“PRM”) akur bahawa banyak kajian ilmiah dan perbahasan mengenai maksud,sebab dan solusi terhadap rasuah tetapi RASUAH masih tetap menjadi topik panas & musuh utama Rakyat dan Negara.

2.Definasi rasuah banyak berkaitan dan bertumpu dengan rasuah politik yang membabitkan pihak pemerintah dan penjawat awam walaupun rasuah tidak mengenal batas dari mana ia datang samada di pihak awam maupun swasta.

3.Begitu juga dengan sebab rasuah bertumpu kepada soal kepimpinan seseorang individu yang mementingkan kepentingan diri sendiri,gaji/pendapatan yang kecil berbanding dengan kos sara hidup, tekanan dan penindasan ekonomi seperti banyak berhutang & berdepan dengan inflasi, sikap individualistik & materialistik dalam masyarakat moden hari ini dan kurangnya didikan agama & moral seseorang sebagai punca-punca utama rasuah membiak dan berkembang.

3.PRM juga akur terdapat banyak saranan dan solusi kepada pembasmian rasuah seperti keperluan & penekanan pendidikan moral mesti bermula di peringkat sekolah,kempen awam mengenai bahaya rasuah kepada sosio-ekonomi masyarakat,penambaikan undang-undang berkaitan rasuah, penguatkuasaan yang lebih cekap & tiada pendakwaan terpilih dan keperluan hakim-hakim yang bebas tanpa rasa takut dalam menguruskan pentadbiran keadilan dan mengadili kes-kes rasuah terutamanya yang membabitkan kes berprofil tinggi atau membabitkan pihak pemerintah.

4.PRM berpendapat salah satu faktor utama yang perlu di ambil kira dalam membanteras rasuah ialah soal berkaitan dengan sistem Wang fiat dan Pembiayaan aktiviti ekonomi berasaskan faedah atau SISTEM RIBA sebagai PUNCA UTAMA RASUAH.

  1. Dengan Negara masih dalam budjet defisit lebih 20 tahun,Hutang Negara mencecah $1.2 trillion, ‘legal tender” dalam perbankan swasta Negara sudah mencapai lebih $2.2 trillion (pembiayaan,faedah dan Frb) berbanding dgn wang edaran hanya $145 billion.(rekod bank negara Oktober 2022), sudah tentu tekanan hutang ini boleh menyebabkan rasuah membiak begitu pantas dan sukar di bendung kerana masyarakat berdepan dengan KOS SARA HIDUP YANG TINGGI, INFLASI yang berterusan, KUASA BELI berterusan berkurangan,menyebabkan kita semua secara sedar/tidak akan cuba mencari jalan mudah & singkat dengan jalan rasuah untuk bebas dari cengkaman dan linkaran hutang,inflasi dan kuasa beli yang berterusan berkurangan.

6.PRM tegas dalam menyatakan bahawa dasar Monetari Negara yang masih berpaksikan dengan sistem Riba ini,di mana bekalan wang masih merupakan pembiayaan berasaskan faedah dan condong pula pembiayaannya bukan kepada ekonomi yang sebenar dan tidak produktif menyebabkan BANK NEGARA GAGAL dalam memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan. Pembangunan ekonomi Negara kurang memberi tumpuan kepada pembiayaan aktiviti ekonomi yang produktif seperti pengeluaran pertanian,penternakan & perikanan, industri pembuatan dan pengilangan tempatan menyebabkan Negara gagal mengeluarkan hasil yang lebih berbanding perbelanjaan. Ringkasnya bekalan wang/ pembiayaan pembangunan ekonomi hutang dan condong kepada yang tidak produktif seperti tumpuan kepada sektor hartanah telah menyebabkan hasil sebenar Negara kurang tetapi harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat(MV=PY) .Dan inilah punca bermulanya rasuah membiak dan berkembang.

7.PRM menyarankan Kerajaan Campuran/”Perpaduan” untuk memberi tumpuan dan semak semula dasar MONETARI NEGARA dan BANK NEGARA kerana terus gagal menstabilkan harga barangan & perkhidmatan,tum pembiayaan masih bersifat faedah & condong pembiayaan yang tidak produktif,kadar OPR yang tinggi yang akhirnya dasar Fiskal iaitu perbelanjaan kerajaan sentiasa bocor/tiris & banyak pembaziran dengan pencukaian yang tidak mesra Rakyat. Ini semua penyebab utama kepada rasuah kerana mewujudkan:-

a. Inflasi;

b.Kuasa beli Rakyat terus berkurangan;

c.Kos sara hidup Rakyat terus meningkat;

d.Gaji/pendapatan Rakyat(terutama B70 kini) yang tetap kecil berbanding inflasi & berhadapan dengan hutang;

e. Ramai siswazah yang tiada pekerjaan;

f.Harga rumah dan kos perubatan yang terus tinggi;

g. Peningkatan kadar jenayah melibatkan hartabenda;

h.Penurunan kadar kesuburan;

i.Peningkatan amalan Lbgtq & feminism;

j. Peningkatan masalah sosio-ekonomi Rakyat;dan

k. Lemahnya jaringan keselamatan sosial Negara.

8.Selain dari sistem Riba sebagai punca utama RASUAH, ia juga melahirkan masyarakat menjadi semakin

a.individualistik & materialistik;

b.hedonistik;

c. terlalu liberal & sekular;

d. terlalu oportunistik & extrimistik;

e.lemah & runtuhnya kepercayaan kepada Allah swt/Pencipta Alam;

f.defisitnya kepercayaan antara Rakyat juga dengan Pemerintah;

g. ramai di kalangan Rakyat tidak menghormati dan memperlekehkan teras Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

9.Sudah tentu beberapa solusi kepada masalah ekonomi/muamalat dalam sistem Riba ini seperti

a.memperkasakan sistem Waqaf;

b.menggalakkan amalan sedeqah & zakat;

c.menguatkan lagi institusi Baitul Mal;

d.menarik pelabur asing;

e.menambahkan bantuan keperluan kepada Rakyat;

boleh sebagai jalan keluar & solusi dalam menangani Sistem Riba tetapi semua solusi ini tidak dapat menyelesaikan RASUAH dan isu KOS SARA HiDUP RAKYAT selagi Sistem Riba (wang fiat dan sistem perbankan berteraskan faedah dan ‘fractional reserve banking’ )masih menjadi teras dan aliran darah kepada pembangunan Rakyat dan Negara.

10.PRM melihat ramai pekerja hari ini terpaksa “bocor” semasa waktu bekerja dengan kata lain terpaksa/”mencuri masa bekerja” untuk membuat kerja lain selain dari kerja mereka yang asal.Ramai juga dari mereka yang terpaksa “membodek & mengampu” dan “memijak & fitnah” orang lain untuk berebut naik pangkat & jawatan, malah ada yang berdiam diri/bersekongkol dengan majikan mereka yang rasuah supaya ini sebagai isyarat untuk melayakkan diri mereka mendapat pangkat & jawatan yang lebih tinggi.

11.PRM yakin bahawa solusi kepada Sistem Riba ini ialah satu Bank Awam yang bebas dari sistem Riba yang berasaskan kepada pembiayaan perkongsian untung& resiko dan pembiayaan usahasama, supaya dasar Monetari dan Fiskal Negara dapat membangunkan dan memacukan ekonomi Negara yang produktif demi perpaduan,keselamatan dan kesejahteraan semua Rakyat Malaysia.

“Hidup tidak kerana kaul,mati tidak kerana sumpah”

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza
Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia
21.12.2022
Bukit Tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *